Skip to main content

Dunia

Taufan Saudel hampiri Jepun dan Taiwan, amaran hujan lebat dikeluarkan

Satellite timelapse showing Typhoon Saudel traveling northwestward over the Philippine Sea after crossing the Marianas. Video credit: CSU/CIRA & KMA/NMSC -- REUTERS
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran mengenai risiko angin kencang dan ombak besar ketika taufan itu menghampiri gugusan kepulauan di barat daya Okinawa. -Gambar Reuters
Advertisement

TOKYO: Taufan Saudel yang dikategorikan sebagai ribut berkekuatan sederhana dilaporkan bergerak ke arah selatan Jepun dan utara Taiwan hari ini, dengan potensi membawa hujan lebat ke kawasan berkenaan.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran mengenai risiko angin kencang dan ombak besar ketika taufan itu menghampiri gugusan kepulauan di barat daya Okinawa.

Sistem taufan itu bergerak pada kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam (km/j), dengan kelajuan angin maksimum berterusan 162 km/j serta tiupan sehingga 216 km/j.

Berikutan keadaan itu, pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya bersiap siaga menghadapi risiko tanah runtuh, banjir dan peningkatan paras air sungai akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) Taiwan memaklumkan Taufan Saudel dijangka bergerak di utara pulau itu sebelum membawa hujan lebat ke bahagian utara Taiwan bermula lewat Khamis hingga Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, satu sistem cuaca berasingan telah menyebabkan banjir lumpur di bandar Tainan dan Kaohsiung, mengorbankan seorang mangsa manakala empat lagi dilaporkan hilang.

Pihak berkuasa Taiwan berkata Kaohsiung merekodkan hampir satu meter hujan, atau 913 milimeter, sepanjang tiga hari lalu, sekali gus melebihi jumlah hujan yang dicatatkan ketika Taufan Morakot pada 2009.

Selepas melalui perairan utara Taiwan, Taufan Saudel dijangka menuju pesisir pantai Fujian di timur China.

Susulan itu, Pusat Ramalan Persekitaran Marin Kebangsaan China mengeluarkan amaran jingga berikutan ramalan ombak setinggi tujuh hingga 12 meter di Laut China Timur.

Must Watch Video

Advertisement