awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Yaas: Hampir setengah juta penduduk India dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
23:38 MYT
Taufan Yaas: Hampir setengah juta penduduk India dipindahkan
Seorang lelaki berjalan di pantai Puri sambil memegang payung ketika hujan rintik di Teluk Benggala, Odisha, India, 24 Mei, 2021. Taufan Yaas diramal melanda Benggala Barat dan Odisha pada Rabu. (Foto AP)
PIHAK berkuasa India mengarahkan pemindahan hampir setengah juta orang berikutan taufan yang menuju ke timur negara itu.
Yaas adalah ribut taufan kedua melanda India dalam tempoh beberapa minggu, selepas taufan pertama di kawasan pantai barat negara itu mengorbankan banyak nyawa.
Bencana alam itu melanda di saat India berdepan lonjakan jangkitan COVID-19 yang menyebabkan sistem kesihatan mengalami krisis dan peningkatan jumlah kematian yang kini melebihi 300,000 orang.
Menteri Pengurusan Bencana Benggal Barat, Javed Ahmed Khan berkata, pemindahan di daerah pesisir dan hutan bakau Sundarbans, sebuah tapak warisan dunia Unesco, sudah bermula pada Isnin.
Mereka dipindahkan ke sekolah dan pejabat kerajaan, yang diubah menjadi pusat pemindahan taufan untuk melindungi orang ramai.
Pesuruhjaya Bantuan Khas Odisha, Pradeep Jena, pula memberitahu, mereka merancang memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan.
Negeri itu juga sedang mengatur pemberian bekalan elektrik kepada kilang oksigen yang membekalkan tong oksigen ke hospital merawat pesakit COVID-19.
Bekalan oksigen tambahan juga dibekalkan ke hospital yang merawat pesakit koronavirus di daerah berhampiran, yang mungkin dilanda taufan Yaas.
Perdana Menteri Narendra Modi, sebelum ini berkata, pasukan tentera dan anggota bantuan bencana sudah dikerah membuat persiapan serta operasi menyelamat ke kawasan yang dijangka dilanda Yaas.
Pakar meramalkan, frekuensi kelajuan ribut di pesisir pantai india itu semakin meningkat dan ia bertambah laju menuju ke laut, dijangka sehingga 185 kilometer sejam.
Jabatan Meteorologi India memaklumkan, Taufan Yaas terbentuk di Teluk Benggala dan diramal memasuki Benggala Barat dan Odisha pada Rabu.
Susulan itu, negara jiran, Bangladesh juga kini dalam keadaan berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#India
#Narendra Modi
#Unesco
#sekolah
#kesihatan
#pusat pemindahan
#COVID-19
#jumlah kematian
#taufan
#Yaas
#ribut
#sistem kesihatan
#bencana
#Javed Ahmed Khan
#Odisha
#Benggal Barat
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan