awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tauke dadah Thailand elak diburu polis, sanggup bedah muka sekacak selebriti Korea

Agensi
Agensi
02/03/2023
09:30 MYT
Tauke dadah Thailand elak diburu polis, sanggup bedah muka sekacak selebriti Korea
Gambar sebelum dan selepas pembedahan plastik. Penduduk kondominium tidak sangka 'lelaki Korea yang kacak' yang menjadi jiran mereka rupa-rupanya penjenayah yang amat dikehendaki polis. - Royal Thai Police
BANGKOK: Bagaikan filem Face-Off, seorang tauke dadah Thailand yang dalam buruan polis sanggup membelanjakan wang untuk mengubah wajahnya dengan menjalani pembedahan plastik.
Media tempatan melaporkan, penjenayah yang dikehendaki itu telah memilih wajah seperti 'lelaki Korea yang kacak' untuk penyamarannya, namun ternyata helah itu tidak dapat menyelamatkannya.
Saharat Sawangjaeng, 25, berjaya ditahan pada Khamis selepas tiga bulan menyembunyikan diri. Selepas sesi pembedahan wajahnya berjaya, dia dikatakan menyamar sebagai Jimin Seong, seorang warga Korea Selatan, lapor Bangkok Post.
Gambar wajah Sawangjaeng jelas menunjukkan perubahan 100 peratus selepas operasi pembedahan plastik itu, sehingga kisahnya dikaitkan dengan populariti filem Face-Off yang dibintangi aktor John Travolta dan Nicholas Cage suatu masa dahulu.
Foto: Royal Thai Police
Foto: Royal Thai Police
“Langsung tidak kelihatan ciri wajah aslinya,” kata seorang pegawai polis kepada media.
Sawangjaeng didakwa menjadi dalang utama dalam bisnes dadah terlarang MDMA, yang juga dikatakan sebagai punca epidemik penggunaan pil ekstasi di kelab-kelab hiburan Bangkok.
Walaupun dalam persembunyian, dia meneruskan aktiviti haram membina empayar dadahnya. Namun begitu, pihak polis dapat juga menjejakinya.
Bagaimanapun, sewaktu serbuan di kondominium mewah yang menjadi sarang aktivitinya, jiran-jiran Sawangjaeng memberitahu polis bahawa hanya seorang ‘lelaki Korea yang kacak’ tinggal di situ.
Dengan maklumat itu, pihak polis serta-merta dapat mengaitkannya dengan Sawangjaeng kerana dalam penahanan sebelum ini, dia pernah memberitahu polis bahawa dia merancang untuk berpindah ke Korea Selatan untuk memulakan hidup baharu.
Topic Berkaitan
#pembedahan plastik
#tauke dadah
#Thailand
#saharat sawangjaeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan