AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa

Trump memberi amaran bahawa Washington akan bertindak -dengan cara mudah atau sukar- untuk mencapai matlamat itu. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki Greenland untuk menghalang Rusia dan China daripada menguasainya, sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Denmark dan negara-negara Eropah lain.
Trump berkata AS harus mempertahankan “hak milik” ke atas Greenland, wilayah autonomi di bawah Kerajaan Denmark, dan bukan bergantung kepada perjanjian sewaan tentera yang sedia ada.
Beliau memberi amaran bahawa Washington akan bertindak “dengan cara mudah atau sukar” untuk mencapai matlamat itu.
Greenland, yang terletak di antara Amerika Utara dan Artik, dilihat oleh Trump sebagai kunci kepada keselamatan nasional, terutama dalam menangkis pengaruh Rusia dan China di rantau tersebut, memetik laporan Al Jazeera.
Namun begitu, idea itu telah mencetuskan kritikan keras daripada sekutu NATO, termasuk AS sendiri yang bercanggah pandangan dengan pandangan Trump.
Sebuah kumpulan ahli Republikan menggelar cadangan tersebut sebagai “memalukan”, sementara pemimpin Eropah lain menegaskan bahawa masa depan Greenland hanya ditentukan oleh Denmark dan penduduknya sendiri.
Perdana Menteri Italy, Giorgia Meloni, turut menolak sebarang tindakan ketenteraan terhadap Greenland dan menekankan peranan NATO dalam menjaga keselamatan Artik tanpa menggugat kedaulatan negara lain.
Sebagai tindak balas, Denmark dan Greenland menegaskan sekali lagi bahawa wilayah itu tidak untuk dijual, dengan menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha AS untuk mengambil alih secara paksa atau melalui rundingan.
Pentadbiran AS turut mempertimbangkan rundingan antara Setiausaha Negara Marco Rubio dan pegawai Denmark, yang dijangka membincangkan hasrat Washington untuk membeli atau membina kerjasama strategik yang lebih luas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


