awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teksi terbang disasar beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2021
02:41 MYT
Teksi terbang disasar beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024
Teksi terbang yang kelihatan seperti helikopter kecil itu berlepas dan kemudian mendarat secara menegak. - Foto REUTERS/Christian Hartmann
PARIS: Teksi udara elektrik keluaran syarikat Jerman, Volocopter diterbangkan buat kali pertama di Perancis pada Isnin.
Penerbangan itu dilakukan di Lapangan Terbang Le Bourget.
Menurut syarikat berkenaan, teksi udara itu dijangka akan beroperasi semasa Sukan Olimpik di Paris pada tahun 2024.
Teksi terbang yang kelihatan seperti helikopter kecil itu berlepas dan kemudian mendarat secara menegak.
Tiada penumpang di dalamnya ketika penerbangan selama tiga minit itu.
Kenderaan itu terbang sepanjang 500 meter di udara dengan kepantasan hingga 30 kilometer sejam dan berada 30 meter di atas landasan lapangan terbang.
Teksi terbang itu mempunyai kapasiti dua orang di dalamnya serta ruangan bagasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Volocopter, Florian Reuter berkata, objektif kenderaan itu adalah untuk Sukan Olimpik Paris 2024 dan ia akan beroperasi secara tetap.
Perkhidmatan teksi terbang akan dikendalikan oleh juruterbang berlesen sepenuhnya bagi memastikan segala peraturan sedia ada dipatuhi.
Jelasnya, lama kelamaan kenderaan itu akan dikendalikan secara kawalan jauh dan kemungkinan tidak memerlukan juruterbang lagi.
Reuter menyatakan pasaran mobiliti bandar adalah sangat besar.
Jelasnya, mobiliti bandar adalah pasaran lebih daripada AS$10 trilion dan pihaknnya menganggarkan pada tahun 2035 dapat melayani pasaran yang memiliki peluang sekitar AS$300 juta.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#penerbangan
#sukan
#teksi
#Teksi terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan