awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan Oregon: Pelajar 'hero' ditembak tujuh kali ketika selamatkan rakan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
03/10/2015
02:31 MYT
Tembakan Oregon: Pelajar 'hero' ditembak tujuh kali ketika selamatkan rakan
Seorang pelajar berusia 30 tahun, Chris Mintz digelar sebagai hero kerana bertaruh nyawa demi menyelamatkan nyawa rakan-rakan sekelasnya. - Foto Facebook
Seorang pelajar berusia 30 tahun, Chris Mintz diberi jolokan ‘hero’ kerana sanggup bertaruh nyawa demi menyelamatkan nyawa rakan-rakan sekelasnya dalam insiden tembakan semalam.
Memetik laporan metro. UK, Mintz ditembak tujuh kali oleh penembak ketika cuba menghalang tembakan rambang di sebuah kolej komuniti di Oregon, Amerika Syarikat pada Khamis.
Menurut sepupunya, Derek Bourgeois, Mintz mengambil keputusan untuk berhadapan dengan Chris Harper Mecer, 26, yang membunuh sekurang-kurangnya 10 orang di Oregon, hanya untuk menyelamatkan rakan-rakan sekelasnya.
“Tidak mungkin Mintz akan berdiam diri ketika sesuatu kejadian ngeri seperti itu berlaku di sekelilingnya," kata Bourgeois.
Ibu saudara Mintz, Sheila Brown pula berkata Mintz juga bertindak melindungi beberapa pelajar daripada ditembak.
Menurut keluarganya, Mintz merupakan seorang ahli gusti, maka kegagahannya tidak mengejutkan mereka.
Difahamkan, pelajar itu berjaya diselamatkan kerana tidak mengalami kecederaan pada anggota organ yang penting, tetapi kedua-dua kakinya patah.
Mintz dijangka pulih selepas menjalani beberapa pembedahan pada Khamis.
Difahamkan, Mintz, yang berasal dari Randleman, North Carolina, pernah berkhidmat sebagai anggota tentera selama 10 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di kolej berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu, netizen di media sosial tidak melepaskan peluang untuk memuji keberanian Mintz.
Malah, Mintz turut digelar sebagai 'hero'.
Thank God for people like #ChrisMintz! https://t.co/YPt6TW9GdG pic.twitter.com/TxCxbFWYR3
— J-Si Chavez (@JSi5) October 2, 2015
Progs routinely cast scorn on men like #ChrisMintz. White, Southern, military heroes who run toward danger. Celebrate real men, end the hate
— Alice Teller (@AliceTeller) October 2, 2015
Don't give the shooter what he wants don't say his name. This is who should be talked about & the other heroes from yesterday #ChrisMintz
— BriaAndChrissy (@BriaandChrissy) October 2, 2015
Will #ChrisMintz get a call from the @WhiteHouse? pic.twitter.com/bUgxwy8Ib5
— National Review (@NRO) October 2, 2015
A hero on the frontlines and a hero on the homefront. a href="https://twitter.com/hashtag/ChrisMintz?src=hash">#ChrisMintz #VetsRising
— Michelle Monaghan (@realmonaghan) October 2, 2015
#ChrisMintz, you are a hero. The world needs more people like you. Prayers going up in your behalf. Get well soon brother.
— SCOTT WARNER (@ScottWarner18) October 2, 2015
#ChrisMintz is truly a HERO, someone who would risk for their own life for others. https://t.co/KxSz7wplko
— Patty Duke (@pattyduke_id) October 2, 2015
Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya 13 terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata berusia 20 tahun bertindak melepaskan tembakan rambang di sebuah kolej komuniti di Oregon, Amerika Syarikat.
Penembak kemudiannya ditembak mati oleh pihak polis.
Topic Berkaitan
#Oregon
#tembakan. Chris Mintz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan