awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembok Berlin binasa, 'Tembok Trump' pula terbina

Razak Chik
Razak Chik
10/11/2019
16:04 MYT
Tembok Berlin binasa, 'Tembok Trump' pula terbina
Selain daripada tembok AS-Mexico, rakyat Palestin juga menjadi mangsa kepungan haram yang dikenakan Israel. - Foto REUTERS
SIAPA sangka era keterbukaan dunia setelah robohnya Tembok Berlin tiga dekad dahulu kian malap, diganti semangat nasionalis yang mengutamakan agenda sempit, tamak, pentingkan diri, hilang semangat perkongsian serata mahupun penyebaran kemakmuran sejagat.
Di Eropah sepanjang minggu lalu, pelbagai acara sambutan diadakan sebagai pembuka tirai bagi menyambut tarikh keramat 9 November yang jatuh pada hari Sabtu.
Walaupun sambutan memperingati peristiwa robohnya tembok Berlin kali ke-30 berlangsung di Berlin, Jerman, tetapi tumpuan ramai permerhati diarahkan ke Amerika Syarikat.
Penduduk Berlin menghantar mesej bernada senda gurau sebagai satu peringatan bagaimana Trump bertekad mahu membina tembok di sempadan AS-Mexico.
'Hadiah Hari Natal' awal yang diberi kepada Donald Trump berbentuk sebahagian serpihan Tembok Berlin seberat 2.7 tan!
Mari kita lihat kembali rentetan kewujudan dan keruntuhan Tembok Berlin:
  • Rusia yang menguasai bahagian Berlin Timur setelah kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II membina tembok pada tahun 1961 bagi menyekat rakyat Jerman Timur daripada bergerak bebas ke Berlin Barat yang dikuasai pihak Tentera Bersekutu terdiri daripada Amerika Syarikat, England dan Perancis.
  • Tembok ini merupakan simbol nyata kewujudan apa yang disebut bekas Perdana Menteri Britain dan wira Perang Dunia Kedua – Sir Winstons Churchill sebagai `Tirai Besi’. Dalam ucapannya di Amerika selepas hilang kedudukan sebagai Perdana Menteri, Churchill memberi amaran kepada dunia barat tentang bermulanya perang dingin antara Barat dengan Rusia. Mengikut Churchill; “Dari Stettin di Laut Baltic ke Trieste di Adriatic, tirai besi kini menyelubungi benua Eropah.”
  • Bahang demokrasi mula meniup semangat pemisahan daripada kongkongan Komunis Rusia pada tahun 80an – bermula dengan kewujudan Gerakan Solidarity di Poland.
  • Revolusi seterusnya melanda beberapa negara negara di Kesatuan Soviet yang mula mengambil langkah mengishtihar kemerdekaan.
  • Di German Timur, protes yang mula bergolak tidak dapat dibendung hingga rakyat dibenarkan keluar negara dengan bebas melalui negara jiran Checzhoslavakia.
  • Sepanjang Oktober rakyat Jerman Timur mengambil peluang meninggalkan negara mereka untuk berhijrah ke barat. Kemuncak `penghijrahan’ ini terjadi pada 9 November dengan runtuhnya Tembok Berlin.
Selain daripada tembok AS-Mexico, rakyat Palestin juga menjadi mangsa kepungan haram yang dikenakan Israel.
Kewujudan kedua-dua tembok kepungan ini mempunyai satu persamaan – galakkan dan anjuran berpunca Donald Trump!
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#German
#Jerman
#Kolumnis
#Tembok Berlin
#tembok Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan