awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya

Bernama
Bernama
24/05/2024
09:06 MYT
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei). - Reuters
TEHRAN: Staf Am Angkatan Bersenjata Iran telah mengeluarkan laporan pertama mengenai aspek dan sebab-sebab di sebalik kemalangan helikopter baru-baru ini yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya.
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei), iaitu Raisi dan rombongannya termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, terkorban selepas helikopter yang membawa mereka terhempas di barat laut Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Sebuah pasukan penyiasat yang ditugaskan untuk menyiasat insiden tersebut telah dihantar ke lokasi kemalangan pada Isnin, menurut laporan itu.
Pasukan tersebut berjaya mengumpul "sebahagian besar" maklumat yang diperlukan untuk menyiasat elemen-elemen yang mungkin menyumbang kepada insiden itu, tambahnya.
Helikopter yang turut membawa pegawai kanan itu terhempas ketika terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang, kata laporan berkenaan, sambil menyatakan bahawa pesawat tidak menyimpang dari laluan.
Helikopter tersebut terbakar selepas terhempas di kawasan pergunungan dan mendedahkan bahawa bangkai pesawat tidak mempunyai sebarang kesan peluru atau tanda-tanda kesan yang serupa.
Menurut laporan itu, lokasi kemalangan dikesan oleh dron Iran pada 5 pagi (waktu tempatan) Isnin, dan pasukan mencari tiba tidak lama kemudian.
Komunikasi yang berlaku sebelum insiden antara pesawat dan kawalan darat tidak mengandungi kandungan yang "mencurigakan", kata laporan itu dan menyatakan bahawa negara akan diberitahu tentang sebarang penemuan susulan pada masa yang sesuai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera iran
#laporan
#nahas helikopter
#Ebrahim Raisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan