awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel kepung kem pelarian Nour Shams di Tulkarm, musnah jalan

Bernama
Bernama
19/10/2023
14:11 MYT
Tentera Israel kepung kem pelarian Nour Shams di Tulkarm, musnah jalan
Sekumpulan besar tentera, bersama jentolak menyerbu kem itu dari pelbagai arah, menggeledah dan merosakkan berpuluh-puluh rumah penduduk.
TULKARM: Pasukan pendudukan Israel mengepung ketat kem pelarian Nour Shams, di timur bandar Tulkarm, Tebing Barat utara, dan melarang pergerakan, serta menyerbu dan menggeledah rumah selain merosakkan jalan.
Wartawan WAFA berkata, sekumpulan besar tentera, bersama jentolak menyerbu kem itu dari pelbagai arah, menggeledah dan merosakkan berpuluh-puluh rumah penduduk.
Jentolak digunakan untuk memusnahkan jalan utama ke kem itu dan sebuah monumen di pintu masuk selain beberapa batang jalan lain, lapornya.
Tentera pendudukan Israel juga memusnahkan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah, merosakkan harta benda awam dan persendirian di jalan-jalan di kem, meletupkan dinding dan menutup pintu masuk ke kem dengan timbunan tanah.
Mereka turut menahan beberapa penduduk selepas menyerbu rumah mereka.
Pasukan pendudukan itu turut membuka pusat pemeriksaan tentera di persimpangan utama bandar Tulkarm dan menghalang pergerakan orang dan kenderaan.
Sementara itu, Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
Kementerian itu berkata lebih 12,000 lagi cedera dalam serangan itu.
Menurut kementerian itu, 69 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki terkorban manakala 1,300 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Tebing Barat
#nour shams
#kem pelarian
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan