Skip to main content

Dunia

Tentera Israel lancar serangan udara, artileri di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa

41768367410_GazaCity.jpg
Di Bandaraya Gaza, saksi melaporkan pesawat pejuang Israel melakukan serangan udara di kawasan timur, disusuli bedilan artileri secara rawak di lokasi yang sama. - Gambar fail

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara dan bedilan artileri di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, meskipun perjanjian gencatan senjata masih berkuat kuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut saksi kepada Anadolu, pesawat pejuang Israel menyasarkan kawasan timur bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Advertisement

Kenderaan tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah kawasan timur Khan Younis di selatan, manakala tentera laut pula melepaskan tembakan ke arah pesisir pantai bandar itu.

Di Bandaraya Gaza, saksi melaporkan pesawat pejuang Israel melakukan serangan udara di kawasan timur, disusuli bedilan artileri secara rawak di lokasi yang sama.

Gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat telah dilaksanakan di Gaza sejak 10 Okt, sekali gus menghentikan serangan dua tahun Israel yang telah mengorbankan lebih 72,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain sejak Oktober 2023.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Israel telah melakukan ratusan pelanggaran melalui bedilan dan tembakan yang meragut 612 nyawa rakyat Palestin serta mencederakan 1,640 yang lain sepanjang tempoh gencatan senjata itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video