awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel serang 12 kemudahan PBB di Gaza dalam seminggu - UNRWA

Bernama
Bernama
23/09/2025
11:40 MYT
Tentera Israel serang 12 kemudahan PBB di Gaza dalam seminggu - UNRWA
Pejabat Lapangan UNRWA di Gaza turut rosak akibat serangan tidak langsung, manakala satu-satunya pusat kesihatan yang berfungsi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menutup operasi pada 13 Sept selepas mengalami kerosakan. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa memaklumkan bahawa 12 kemudahannya di Bandar Gaza telah diserang Israel sepanjang minggu lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • UNRWA mengesahkan 12 kemudahannya di Bandar Gaza, termasuk sembilan sekolah dan dua pusat kesihatan yang menempatkan lebih 11,000 orang, telah diserang secara langsung atau tidak langsung oleh Israel antara 11 hingga 16 September.
  • Serangan turut merosakkan pejabat lapangan UNRWA dan memaksa satu-satunya pusat kesihatan yang berfungsi di utara Gaza menutup operasi, sekali gus menjejaskan usaha bantuan kemanusiaan di kawasan tersebut.
  • Sejak 7 Oktober 2023, serangan Israel ke atas Gaza telah meragut lebih 65,300 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh komuniti antarabangsa.

"UNRWA mengesahkan sama ada serangan langsung atau tidak langsung terhadap 12 premisnya di Bandar Gaza, termasuk sembilan sekolah dan dua pusat kesihatan yang menempatkan lebih 11,000 orang pada 11 hingga 16 Sept," menurut agensi itu menerusi hantaran di platform media sosial X.
Pejabat Lapangan UNRWA di Gaza turut rosak akibat serangan tidak langsung, manakala satu-satunya pusat kesihatan yang berfungsi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menutup operasi pada 13 Sept selepas mengalami kerosakan.
"Kemusnahan besar terhadap infrastruktur awam, ditambah dengan gangguan serius ke atas operasi kemanusiaan serta sekatan akses amat menjejaskan talian hayat terakhir bagi orang awam di Bandar Gaza," jelas agensi berkenaan.
Sejak 7 Okt 2023, Israel melancarkan serangan ke atas Gaza yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai dan setakat ini telah meragut lebih 65,300 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#UNRWA
#kekejaman israel
#bangunan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami