awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza

Bernama
Bernama
15/11/2023
06:02 MYT
Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza
Terdahulu, tentera Israel berkata pihaknya melancarkan satu operasi ketenteraan di "bahagian tertentu" di Kompleks Perubatan Al-Shifa.- Gambar fail/Reuters
BANDARAYA GAZA: Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.
Ketua unit kebakaran Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Ahmad Mikhallalati berkata kereta kebal dan jentolak Israel kini berada di kompleks itu, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Al Jazeera.
Terdahulu, tentera Israel berkata pihaknya melancarkan satu operasi ketenteraan di "bahagian tertentu" di Kompleks Perubatan Al-Shifa.
Pengumuman itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan di Gaza berkata tentera penceroboh secara rasmi memaklumkan pentadbiran kompleks perubatan itu mengenai niatnya untuk menyerbu hospital berkenaan pada Selasa malam.
Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila dalam kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita WAFA berkata tentera Israel bertanggungjawab ke atas nyawa kakitangan perubatan, pesakit dan orang awam yang mencari perlindungan di kompleks Al-Shifa.
Al-Kaila juga memberi amaran mengenai risiko kematian terhadap pesakit dan kakitangan perubatan jika tentera penceroboh terus menyerbu Kompleks Perubatan Al-Shifa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Al-Shifa
#tentera Israel
#Gaza
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan