awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin

Bernama
Bernama
31/05/2021
07:40 MYT
Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin
Pihak berkuasa penjajah baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap wartawan dan kru media Palestin. - REUTERS/Mussa Qawasma
RAMALLAH: Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Baru-baru ini wartawan Zaina Halawani dan jurugambar Wehbe Makiya turut ditahan tentera rejim itu. Kedua-duanya diserang dengan kejam dan masih ditahan dengan alasan untuk melengkapkan siasatan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa penjajah baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap wartawan dan kru media Palestin, terutama di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang diduduki.
Menurut suruhanjaya itu sejak awal bantahan mengutuk dasar Israel yang mencabuli hak penduduk Palestin, khususnya di Baitulmaqdis, pihak berkuasa penjajah telah mengganggu tugas wartawan dan menghalang mereka menyampaikan kebenaran serta mendedahkan jenayah yang dilakukan.
Pelbagai cara digunakan untuk menghalang tugasan wartawan dan kru media termasuk merampas peralatan, menyekat kebebasan bergerak dan melepaskan tembakan ke arah mereka, selain menyerang ibu pejabat media dan institusi.
Suruhanjaya itu meminta pertubuhan hak asasi manusia dan organisasi antarabangsa menghantar suruhanjaya penyiasatan untuk mendokumentasi keganasan terhadap kru media, dan memastikan pihak penceroboh bertanggungjawab terhadap jenayah dilakukan kepada wartawan yang menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jordan
#penjara
#Palestin
#wartawan
#Petra
#Baitulmaqdis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan