awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel tahan 98 wartawan Palestin sejak 7 Oktober 2023

Agensi
Agensi
03/09/2024
01:15 MYT
Tentera Israel tahan 98 wartawan Palestin sejak 7 Oktober 2023
Wartawan Al Jazeera Wael Dahdouh memeluk anak perempuan dan anak lelakinya ketika menghadiri pengebumian anaknya, wartawan Hamza Al-Dahdouh yang terbunuh dalam serangan Israel di selatan Semenanjung Gaza pada, 7 Januari 2024. - Gambar fail Reuters
PERTUBUHAN Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan, 52 daripada 98 wartawan yang ditahan sejak perang di Gaza bermula sehingga kini kekal dalam tahanan Israel.
Jumlah itu termasuk 17 wartawan dari Semenanjung Gaza, dua daripadanya telah hilang secara paksa, kata PPS.
Kedua-dua pengamal media yang dikenal pasti sebagai mangsa yang hilang secara paksa dikenali sebagai Nidal al-Wahidi dan Haytham Abdul Wahid.
Laporan PPS turut menyebut, 15 daripada 52 wartawan berada dalam tahanan pentadbiran iaitu satu bentuk pemenjaraan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Terbaharu, wartawan yang ditempatkan dalam tahanan pentadbiran ialah wartawan foto Hazim Nasser dari bandar Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki, jelas PPS lagi.
Pertubuhan Reporters Without Borders iaitu badan pemerhati media global berkata, tentera Israel telah membunuh lebih 130 wartawan dan pekerja media Palestin di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Apa yang menyediahkan, sekurang-kurangnya 30 daripada mereka terbunuh semasa menjalankan tugas mereka, kata kumpulan itu. - Al Jazeera
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#wartawan ditahan
#Israel tahan wartawan
#Palestinian Prisoner s Society
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan