GAZA: Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.
Seorang pakar sakit puan Fadia Malhis ketika dihubungi Agensi Anadolu berkata tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital.
"Mereka menembak sesiapa sahaja yang cuba keluar dari hospital termasuk saya. Jika ada sesiapa yang bergerak antara unit-unit, mereka juga ditembak.
Terdapat banyak jenazah di pekarangan bilik kecemasan, keadaan sangat teruk dan berbahaya, ia sukar untuk digambarkan.
"Ia umpama sebuah penjara tanpa air, elektrik atau makanan. Terdapat lebih 100 jenazah di pekarangan hospital. Mereka menembak sesiapa yang cuba mengebumikan jenazah. Kawasan pekarangan hospital penuh dengan jenazah," kata doktor itu.
Beliau berkata terdapat 60 bayi di unit rawatan rapi, 39 daripadanya ditidurkan (intubate), seorang bayi meninggal dunia pada sebelah petang dan bayi-bayi ini mungkin akan mati seorang demi seorang akibat kekurangan bahan api.
"Tolong, selamatkan kami, hentikan perang ini, jika tidak kami akan mati. Ada orang mati di mana-mana sahaja. Selamatkan kami, keadaan sangat teruk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
Menurut doktor terbabit, tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital. - Foto Reuters
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel berundur daripada Hospital Al-Shifa yang sudah musnah
Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa, kemudahan perubatan terbesar di Semenanjung Gaza selepas diduduki selama 14 hari dan ditinggalkan dalam keadaan musnah sepenuhnya dengan ramai yang terk
Hospital terbesar di Gaza lumpuh - WHO
Penyelaras pasukan perubatan kecemasan WHO, Sean Casey menggambarkan kejadian itu sebagai sebuah tragedi.
Belia Palestin bantu bersih Kompleks Perubatan Al-Shifa
Inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis.
Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan terowong Hamas oleh Israel
Video berkenaan sebenarnya adalah rakaman terowong zaman perang di Sweden.
WHO sifatkan Hospital Al-Shifa sebagai "zon maut"
WHO dan rakan kongsi sedang merangka pelan segera untuk memindahkan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka.
Hospital Al-Shifa kini jadi pangkalan tentera Israel - Menteri Kesihatan Palestin
Israel telah menjadikan Hospital Al Shifa sebagai sasaran utama kemaraan operasi daratnya.
Tentera Israel serbu Hospital Al-Shifa di Gaza
Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.