Skip to main content

Malaysia

KWSP i-Simpan mudahkan caruman sukarela serendah RM10

KWSP menyediakan kemudahan i-Simpan yang membolehkan ahli meningkatkan simpanan persaraan melalui simpanan sukarela melebihi caruman wajib, dengan jumlah serendah RM10 tanpa terikat kepada amaun atau jadual bulanan yang tetap. - Foto KWSP
KWSP menyediakan kemudahan i-Simpan yang membolehkan ahli meningkatkan simpanan persaraan melalui simpanan sukarela melebihi caruman wajib, dengan jumlah serendah RM10 tanpa terikat kepada amaun atau jadual bulanan yang tetap. - Foto KWSP

Ringkasan AI

  • KWSP menggalakkan ahli menambah simpanan persaraan secara sukarela melalui i-Simpan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup dan tempoh persaraan yang panjang.
  • Kemudahan i-Simpan membolehkan ahli mencarum secara fleksibel tanpa amaun atau jadual tetap, terbuka kepada warganegara dan pemastautin tetap berumur bawah 75 tahun.
  • Caruman i-Simpan layak menerima dividen tahunan KWSP dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat LHDN, membantu mengukuhkan simpanan persaraan ahli.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tekanan kos sara hidup dan komitmen kewangan semasa menjadikan perancangan persaraan semakin mencabar, sedangkan rakyat Malaysia berkemungkinan melalui tempoh persaraan antara 20 hingga 30 tahun.

Justeru, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digalakkan menambah simpanan persaraan secara sukarela melalui i-Simpan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

Keperluan untuk membina simpanan secara konsisten itu turut diperkukuh oleh dapatan yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Sosial (ISWC) 2026 baru-baru ini yang menunjukkan hampir empat daripada 10 ahli KWSP berada di landasan untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun di bawah Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).

Advertisement

Pencapaian itu menunjukkan perkembangan positif dalam tahap persediaan persaraan ahli, namun usaha menambah simpanan perlu diteruskan bagi menghadapi keperluan kewangan selepas tamat tempoh pekerjaan.

Sehubungan itu, KWSP menyediakan kemudahan i-Simpan yang membolehkan ahli meningkatkan simpanan persaraan melalui simpanan sukarela melebihi caruman wajib, dengan jumlah serendah RM10 tanpa terikat kepada amaun atau jadual bulanan yang tetap.

Advertisement

Kemudahan itu terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berdaftar sebagai ahli KWSP serta berumur di bawah 75 tahun.

Kelayakannya juga tidak bergantung pada pendapatan tetap, sekali gus membolehkan ahli bergaji tetap atau berpendapatan tidak menentu mencarum mengikut keadaan kewangan masing-masing.

Image
KWSP I SIMPAN INSERT
Langkah-langkah untuk mencarum melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun boleh ditonton di sini.

Melalui kemudahan ini, ahli mempunyai fleksibiliti untuk menentukan sendiri jumlah dan kekerapan caruman mengikut kemampuan, sama ada secara sekali bayar atau berkala, tanpa menjejaskan keutamaan perbelanjaan harian.

Untuk mencarum, ahli hanya perlu log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun, memilih “Tambah Simpanan” pada tab Laman Utama atau Simpanan, kemudian memilih “Diri Sendiri” dan mengikuti arahan yang dipaparkan.

Pembayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian FPX, dan ahli boleh memuat turun resit sebagai rekod transaksi.

Ahli juga berpeluang menikmati pelepasan cukai bagi caruman berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Caruman yang dibuat melalui i-Simpan turut menerima dividen tahunan KWSP, sekali gus membantu mengembangkan jumlah simpanan yang terkumpul dari semasa ke semasa.

Meskipun bermula dengan caruman yang kecil, amalan mencarum secara konsisten membolehkan ahli meningkatkan simpanan persaraan sedikit demi sedikit sambil memenuhi keperluan kewangan semasa.

Bagi memastikan usaha tersebut selari dengan matlamat persaraan masing-masing, ahli boleh memanfaatkan Kalkulator Matlamat Persaraan KWSP untuk menganggarkan keperluan simpanan masa hadapan dan menilai kedudukan simpanan semasa berbanding sasaran persaraan yang ditetapkan.

Mulakan caruman sukarela melalui aplikasi KWSP i-Akaun mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu memperkukuh simpanan persaraan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Simpan, ahli boleh melayari laman web rasmi KWSP atau memulakan caruman sukarela terus melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

 

 

Must Watch Video

Advertisement