awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Pakistan tembak jatuh 5 pesawat pejuang milik India

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2025
00:50 MYT
Tentera Pakistan tembak jatuh 5 pesawat pejuang milik India
Anggota tentera Pakistan memeriksa bangunan yang musnah susulan serangan didakwa dilancarkan India di Muzaffarabad. - Foto AP
ISLAMABAD: Tentera Pakistan mendakwa pihaknya telah menembak jatuh lima pesawat pejuang milik India susulan ketegangan yang semakin meningkat di sepanjang Garisan Kawalan (LoC) di wilayah Kashmir.
Jurucakap tentera berkata pesawat yang ditembak jatuh terdiri daripada tiga Rafale, satu Su-30 dan satu MiG-29, yang ketika itu berada dalam ruang udara India.
Memetik laporan Reuters, pihak tentera Pakistan turut mengesahkan bahawa berlaku insiden berbalas tembakan dengan pasukan India di beberapa lokasi sepanjang kawasan gencatan senjata.
“Pertukaran tembakan berlaku di beberapa tempat di sepanjang LoC,” katanya.
Pesawat Rafale buatan Perancis merupakan pesawat tempur pelbagai peranan yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara Meteor, yang mampu menyerang sasaran di luar jarak penglihatan.
India memperoleh 36 pesawat Rafale dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi memperkukuh keupayaan tempur udara negara itu.
Pesawat Su-30 dan MiG-29 pula merupakan aset era Soviet yang telah lama digunakan oleh Tentera Udara India.
Setakat ini, Kementerian Pertahanan India belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, pihak berkuasa India menafikan ada pesawat tempurnya ditembak jatuh.
Memetik laporan India Today, pegawai kanan kerajaan India menafikan dakwaan Pakistan tersebut.
"Tidak ada mana-mana anggota atau pesawat Angkatan Tentera Udara India (IAF) yang ditembak jatuh," memetik sumber seperti dilapor India Today.
Topic Berkaitan
#pesawat pejuang
#tembak jatuh
#berbalas tembakan
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami