awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Perancis maut ketika aksi ekstrem terjunan wingsuit

AFP
AFP
27/12/2015
01:31 MYT
Tentera Perancis maut ketika aksi ekstrem terjunan wingsuit
Jasad mangsa telah ditemui di altitud 2,100 meter dan siasatan sedang dijalankan mengenai insiden tersebut. - Foto
Seorang anggota tentera Perancis berusia 39 tahun maut pada Sabtu ketika melakukan aksi ekstrem dan berbahaya iaitu terjun dari aras tinggi dengan pakaian luncur udara khas (wingsuit) di pergunungan Alps.
Lelaki tersebut mati setelah melompat dari puncak Le Brevent di Alps Perancis.
“Sejurus seorang lagi rakan aktiviti tersebut selamat mendarat, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Rakannya itu mungkin dilanda masalah selepas terjunan lalu melanggar gunung," kata seorang petugas mencari dan menyelamat yang mengesahkan kematian tentera itu.
Jasadnya telah ditemui di altitud 2,100 meter dan siasatan sedang dijalankan mengenai insiden tersebut.
Pada Oktober lalu, atlet sukan ekstrem dari Amerika Syarikat Johnny Strange telah terkorban di pergunungan Alps Switzerland ketika terlibat dalam acara luncur udara dengan wingsuit.
Secara purata, terjunan wingsuit mengambil masa kurang daripada seminit dan dalam tempoh lapan saat, penerjun mencapai kelajuan luncuran 200 kilometer sejam.
Topic Berkaitan
#luncur udara
#tentera Perancis
#terjunan
#wingsuit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan