HOUSTON: Seorang hakim persekutuan pada Isnin memerintahkan Tentera Udara AS membayar ganti rugi lebih AS$230 juta kepada mangsa yang terselamat dan keluarga mangsa kejadian tembakan di gereja Texas pada 2017, lapor Xinhua.
Dalam satu saman sivil yang masih dibicarakan, Hakim Daerah AS Xavier Rodriguez memutuskan bahawa kerajaan persekutuan gagal membentangkan sabitan awal yang mungkin menghalang lelaki bersenjata itu daripada membeli secara sah senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Dua puluh enam orang terbunuh dan 22 yang lain cedera apabila Devin Patrick Kelley melepaskan tembakan semasa satu upacara keagamaan pada Ahad di First Baptist Church of Sutherland Springs. Kelley meninggal dunia akibat cedera parah selepas menembak diri sendiri selepas itu.
Rodriguez memutuskan pada Julai bahawa Tentera Udara AS "bertanggungjawab 60 peratus" atas tragedi itu berikutan Kelley, sebelum serangan itu telah mengancam untuk melakukan keganasan besar-besaran semasa berada dalam Tentera Udara. Keputusan itu memihak kepada mangsa dan keluarga mereka yang percaya pembunuhan beramai-ramai itu boleh dicegah jika Tentera Udara menyerahkan sabitan serangan Kelley kepada pangkalan data negara.
Ahli keluarga dan mangsa meminta sekitar AS$418 juta dan kerajaan persekutuan pada asalnya hanya sanggup membayar kira-kira AS$31.8 juta.
Kerajaan Persekutuan mempunyai 10 hari untuk memfailkan bantahan terhadap kes itu, lapor media tempatan.
Terdapat kira-kira 80 tuntutan. Bayaran kepada setiap mangsa atau ahli keluarga ditetapkan oleh hakim berdasarkan hubungan, kecederaan fizikal, kecederaan mental dan perbelanjaan masa depan serta penderitaan mental.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Dua puluh enam orang terbunuh dan 22 yang lain cedera apabila Devin Patrick Kelley melepaskan tembakan semasa satu upacara keagamaan pada Ahad di First Baptist Church of Sutherland Springs. - AP
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
4 maut, jutaan terputus bekalan elektrik ketika hurikan Beryl landa Texas
Empat orang maut di Texas ketika ribut tropika Beryl terus bergerak melalui negeri itu, kata Datuk Bandar Houston pada Isnin manakala jutaan penduduk masih terputus bekalan elektrik.
Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas
Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas.
Percubaan ketiga Starship ke angkasa berjaya
Percubaan ketiga SpaceX untuk melancarkan kapal angkasa Starship ke angkasa berjaya dilakukan malam semalam.
Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas
Seorang suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh ibu bapanya serta empat yang lain di negeri Texas Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
Ujian kedua sistem roket Starship mungkin pada 17 Nov - Elon Musk
Pengasas SpaceX Elon Musk berkata ujian kedua sistem roket Starship mungkin akan dijalankan pada 17 Nov.
Ribuan bangkai ikan terdampar di pantai Texas
Beribu-ribu bangkai ikan Menhaden ditemukan terdampar di sepanjang Pantai Teluk di selatan negeri Texas, Amerika Syarikat.
20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.
AS: 2 ahli pasukan sorak ditembak di parkir pasar raya selepas salah buka pintu kereta
Suspek, lelaki berkulit putih dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin.
Texas: Tertuduh kes tembakan di El Paso dijatuhi 90 hukuman penjara seumur hidup
Menurut dokumen mahkamah, Patrick Crusius menerima 90 hukuman penjara seumur hidup, satu bagi setiap pertuduhan ke atas 90 pertuduhan.
51 tahun diculik, akhirnya wanita ini bersatu dengan keluarga kandung
Melissa dilarikan oleh pengasuhnya pada 23 Ogos 1971.