awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Zionis serang lapangan terbang di ibu kota Yaman

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2025
23:30 MYT
Tentera Zionis serang lapangan terbang di ibu kota Yaman
Serangan itu juga menyasarkan sebuah kilang konkrit dan beberapa stesen janakuasa di sekitar Sanaa. - Foto REUTERS
TENTERA Israel melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa, yang terletak di ibu kota Yaman yang dikuasai oleh Houthi.
Kenyataan tentera Israel mendakwa, serangan tersebut telah "melumpuhkan sepenuhnya" kemudahan awam berkenaan.
Tentera rejim zionis itu menambah, tindakan tersebut sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi pada 4 Mei lalu.
Serangan itu juga menyasarkan sebuah kilang konkrit dan beberapa stesen janakuasa di sekitar Sanaa.
Dalam masa sama, tentera Israel berkata serangan tersebut bertujuan melumpuhkan infrastruktur yang digunakan oleh kumpulan Houthi untuk operasi ketenteraan, termasuk pengangkutan senjata dan anggota.
Setakat ini tiada laporan segera mengenai jumlah korban atau kecederaan akibat serangan tersebut.
Serangan itu menandakan peningkatan ketegangan antara Israel dan kumpulan Houthi yang disokong oleh Iran, di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak di rantau tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang lapangan terbang
#Kekejaman zionis
#Houthi
#janakuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami