Skip to main content

Dunia

Terkejut nampak buaya tekan loceng

81557115852_locengpintu.jpg
Seorang wanita yang baru berpindah ke South Carolina terkejut dengan kehadiran 'tetamu' tidak diundang ke rumahnya.

Karen Alfano yang berpindah dari New Jersey ke Mrytle Beach berkata dia terkejut apabila melihat seekor buaya berada di depan pintu rumahnya pada Jumaat lalu.

Alfano yang merakam insiden tersebut berkata buaya itu kelihatan berdiri dan seperti mahu menekan loceng pintunya.

Bercakap kepada pemberita, dia menganggap ia sebagai insiden yang tidak akan dilupakan.

Alfano kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan.

Advertisement

Must Watch Video