awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS terkejut Poland sediakan jet MiG untuk Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2022
02:10 MYT
AS terkejut Poland sediakan jet MiG untuk Ukraine
Gambar fail menunjukkan jet-jet tempur MiG-29 buatan Kesatuan Soviet milik Poland. -Foto AP
WARSAW: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) terkejut pada Selasa apabila Poland mengumumkan ia bersedia untuk menyediakan jet-jet pejuang MiG-29 yang akan dihantar ke Ukraine, kata seorang pegawai AS.
"Saya berada dalam satu mesyuarat yang mana saya sepatutnya mendengar tentang perkara itu. Justeru, saya fikir ia sebenarnya adalah langkah yang mengejut dari Poland," kata Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Victoria Nuland kepada wakil-wakil rakyat Amerika seperti dilaporkan AFP.
Beliau mengulas tentang keputusan Kementerian Luar Poland yang menyatakan bahawa negaranya bersedia untuk menghantar jet-jet MiG-29 ke pangkalan udara AS di Ramstein, Jerman untuk diserahkan kepada Ukraine.
Tindakan Poland akan membolehkan ia menerima jet-jet pejuang F-16 bagi menggantikan jet-jet MiG buatan era Kesatuan Soviet.
Isu itu menjadi sensitif di Washington yang mana pihak pentadbiran Presiden AS, Joe Biden telah membincangkan perkara tersebut tetapi tidak komited dengan rancangan sedemikian.
Bagaimanapun, Nuland enggan memberi komitmen sama ada Washington menyokong tindakan tersebut. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ukraine
#MiG-29
#jet tempur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan