awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Serangan balas Iran: Bangunan, kenderaan rosak di Ramat Gan

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2025
00:15 MYT
[TERKINI] Serangan balas Iran: Bangunan, kenderaan rosak di Ramat Gan
Sistem pertahanan udara Israel melepaskan tembakan untuk memintas peluru yang dilancarkan dari Iran, seperti dilihat di Ramat Gan, berdekatan Tel Aviv, Israel, 13 Jun 2025. (Foto AP)
BEBERAPA bangunan dan kenderaan mengalami kerosakan di Ramat Gan pada Jumaat (13 Jun) susulan pelancaran peluru berpandu dari Iran, dengan letupan turut kedengaran di dua bandar utama Israel — Tel Aviv dan Baitulmaqdis.
Pasukan penyelamat dan paramedik dikerahkan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap dalam tempat perlindungan bawah tanah akibat serangan tersebut.
Serangan balas oleh Iran itu menyusuli serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear bawah tanah Natanz milik Iran, yang turut mengorbankan beberapa komander kanan tentera negara itu — satu tindakan yang dianggap sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini.
Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan bahawa Tehran telah melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas. Bagaimanapun, menurut pihak tentera Israel, kurang daripada 100 peluru berpandu berjaya dilancarkan dan majoritinya telah dipintas atau jatuh sebelum sampai ke sasaran.
Ketegangan memuncak ini menimbulkan kebimbangan akan tercetusnya konflik yang lebih luas di rantau Asia Barat, meskipun dua sekutu utama Iran iaitu Hamas di Gaza dan Hezbollah di Lubnan telah mengalami kerugian besar akibat serangan terdahulu oleh Israel.
Israel belum mengulas secara rasmi berhubung tahap kerosakan atau kehilangan nyawa dalam serangan balas ini setakat laporan ini disiarkan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#Israel serang Iran
#serangan balas Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan