Skip to main content

Dunia

Datuk Bandar New York soroti pembabitan AS dalam genosid di Gaza pada ulang tahun 7 Oktober

Menurut Mamdani, penderitaan “tidak bermula dan tidak berakhir pada hari itu”, sambil merujuk kepada genosid Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 74,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 21,000 kanak-kanak. - Gambar fail
Menurut Mamdani, penderitaan “tidak bermula dan tidak berakhir pada hari itu”, sambil merujuk kepada genosid Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 74,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 21,000 kanak-kanak. - Gambar fail

Advertisement

HAMILTON: Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani menyoroti “pembabitan” Amerika Syarikat (AS) dalam genosid di Semenanjung Gaza pada Rabu sempena ulang tahun ketiga serangan pada 7 Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi.

“Hari ini amat menyakitkan bagi ramai warga New York,” kata Mamdani dalam satu hantaran di platform media sosial X. 

“Kami berkongsi kesedihan bersama ramai rakan dan jiran yang masih menanggung kehilangan yang tidak terbayangkan itu.”

Beliau berkata, penderitaan “tidak bermula dan tidak berakhir pada hari itu”, sambil merujuk kepada genosid Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 74,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 21,000 kanak-kanak.

“Ramai warga New York sedang bergelut menghadapi kesedihan yang tidak tertanggung ini dan kita berkabung bersama mereka namun kita sedar wang cukai kita juga yang membiayai jenayah perang ini,” katanya.

Mamdani menggesa orang ramai menolak “dunia yang membolehkan pendudukan dan apartheid berterusan” serta mengkritik Kerajaan AS kerana “terlibat dalam setiap penghantaran senjata.”

“Untuk menghormati mereka yang meninggal dunia, kita mesti memperjuangkan dunia di mana setiap insan boleh hidup dengan kebebasan, keselamatan dan maruah,” katanya.

Susulan peristiwa 7 Oktober, Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza, yang turut menyebabkan 175,000 orang cedera dan menjadikan wilayah itu hampir musnah.

Walaupun gencatan senjata yang berkuat kuasa pada Oktober 2025, Israel terus melancarkan serangan setiap hari ke atas Gaza, mengorbankan lebih 1,400 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 5,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

 -- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement