awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow dibuka semula selepas insiden bahan berbahaya

Agensi
Agensi
08/09/2025
23:30 MYT
Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow dibuka semula selepas insiden bahan berbahaya
Penumpang kembali ke terminal yang dibuka semula selepas pasukan kecemasan bertindak balas terhadap apa yang mereka sebut sebagai “insiden kemungkinan bahan berbahaya” di Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow, London, pada Isnin. - Gambar Reuters
LONDON: Terminal 4 di Lapangan Terbang Heathrow, London yang sebelum ini dikosongkan berikutan insiden melibatkan bahan berbahaya pada Isnin (8 Sept), kini dibuka semula selepas pihak berkuasa mengesahkan kawasan berkenaan selamat.
Dalam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, lapangan terbang tersibuk di Eropah itu memohon maaf atas gangguan yang berlaku, sambil memberi jaminan pihaknya sedang melakukan yang terbaik bagi memastikan semua penerbangan berlepas seperti dijadualkan.
Jurucakap Pasukan Bomba London pula memaklumkan, pasukannya menamatkan operasi selepas penilaian dijalankan oleh pasukan khas.
Terminal 4 yang mengendalikan penerbangan jarak dekat dan jauh itu ditutup sementara pada petang Isnin bagi memberi ruang kepada pasukan pakar membuat pemeriksaan.
Menurut perkhidmatan ambulans ibu kota, seramai 21 individu menerima rawatan kecemasan dan seorang daripadanya dibawa ke hospital.
Bagaimanapun, punca kejadian tidak didedahkan.
Polis Metropolitan London turut mengesahkan menghantar pegawai pakar ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh.
Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bahan berbahaya ditemui.
Rakaman video tidak disahkan yang tular di media sosial menunjukkan puluhan penumpang menunggu di luar terminal.
Bagaimanapun, laman web rasmi Heathrow menunjukkan penerbangan berlepas masih berjalan seperti biasa.
Sebagai perbandingan, seluruh lapangan terbang pernah ditutup hampir sehari pada Mac lalu selepas kebakaran besar di sebuah pencawang elektrik berhampiran menyebabkan gangguan bekalan kuasa, sehingga menjejaskan jadual penerbangan global dan ribuan penumpang terkandas. - Agensi
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Heathrow
#bahan berbahaya
#bomba London
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan