DEHRADUN: Pasukan penyelamat India terpaksa menggunakan mesin gerudi paling berkuasa dalam usaha terdesak mengeluarkan 40 pekerja masih terperangkap yang memasuki hari kelima dalam terowong runtuh di Uttarakhand, negeri Himalaya.
Ketika ini, jentolak telah berjaya mengalihkan serpihan runtuhan sejak pagi Isnin untuk mencipta terowong baharu bagi mengeluarkan pekerja yang sebahagiannya dilaporkan telah jatuh sakit.
Namun, usaha menyelamat dikatakan bergerak perlahan selepas serpihan masih jatuh ketika kerja membersihkan terowong tersebut.
Pada masa sama, tentera udara telah menerbangkan sebuah mesin penggerudian baharu yang dilengkapi mata gerudi gergasi dengan menggunakan pesawat C-130 Herculas pada Rabu.
“Kerja menggerudi akan dimulakan tidak lama lagi,” kata ketua penyelamat, Deepak Patil pada Khamis.
Sementara itu, pasukan jurutera sedang mencuba membawa masuk sebatang besi paip sepanjang 90 sentimeter melalui serpihan yang cukup lebar untuk seorang lelaki terperangkap keluar dari situ.
Difahamkan, India mendapatkan nasihat daripada sebuah syarikat dari Thailand yang pernah menyelamatkan kanak-kanak semasa banjir dalam gua pada tahun 2018 ketika mereka berkejar masa untuk menyelamatkan 40 lelaki tersebut.
Selain itu, mereka juga mendapatkan bantuan daripada pakar kejuruteraan mekanikal bawah tanah dari Institut Geoteknik Norway bagi mencari jalan mengeluarkan mangsa yang terperangkap itu.
Pasukan penyelamat juga berkomunikasi dengan lelaki yang terperangkap itu menggunakan radio.
Bantuan bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan oksigen telah dihantar kepada mereka melalui paip yang sempit.
Setakat ini tiada butiran diberikan mengenai semua mangsa atau berapa ramai daripadanya yang telah jatuh sakit.
Terowong yang dibina sepanjang 4.5 kilometer antara bandar Silkyara dan Dandalgaon untuk menghubungkan Uttarkashi serta Yamunotri iaitu dua tempat suci agama Hindu.
Terowong berkenaan juga sebahagian daripada projek jalan raya Perdana Menteri India, Narendra Modi yang bertujuan menambah baik keadaan perjalanan antara beberapa tempat suci Hindu popular di negara itu dan di kawasan bersempadan dengan China.
Sebelum itu, pakar telah memberi amaran mengenai kesan yang luas di Uttarkhand, sebahagian besar negeri yang terdedah dengan tanah runtuh.
Insiden terjadi terhadap projek infrastruktur adalah perkara biasa di India.
Pada Januari tahun ini, sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam banjir kilat di Uttarakhand yang terdedah dengan tanah runtuh. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023
Jentera berat digunakan untuk membawa keluar pekerja yang terperangkap dalam terowong yang runtuh di Uttarkashi, Uttarakhand, India, 14 Nov 2023. - Gambar fail/REUTERS
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Terowong runtuh di India: Nasib 40 mangsa masih samar-samar
Terowong baharu dibuat bagi mengeluarkan pekerja yang sebahagiannya dilaporkan telah jatuh sakit.
Puluhan terperangkap selepas terowong dalam pembinaan runtuh di India
Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India.
Lapan maut, seorang hilang letupan di tempat simpan bijirin
Letupan berlaku di Koperasi C.Vale di bandar kecil Palotina, kira-kira 600 kilometer dari ibu negeri Curitiba.
Kontraktor cedera akibat tanah runtuh patuh SOP - IWK
IWK memaklumkan pekerja berkenaan telah mengikuti SOP dengan mengamalkan langkah kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.