NEW DELHI: Misi mencari dan menyelamat 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam terowong jalan raya yang runtuh di utara India diteruskan pada Isnin.

Pasukan penyelamat menggerudi laluan baharu untuk mengeluarkan mangsa selepas usaha pada Jumaat terhalang apabila mesin gerudi rosak.

Pekerja berkenaan terperangkap dalam terowong sedalam lebih 200 meter sejak 12 November apabila sebahagian daripada binaan sepanjang 4.5 kilometer (km) itu runtuh.

Lebih banyak peralatan kini dibawa ke lokasi untuk membantu kerja menyelamat.

Makanan, ubat-ubatan dan oksigen turut disalurkan kepada pekerja melalui paip.

Terowong Silkyara adalah sebahagian daripada projek pembinaan lebuh raya bagi memendekkan jarak perjalanan antara tapak ziarah Hindu di negeri Uttarakhand.

Kerajaan berhadapan kritikan kerana tidak mendapatkan bantuan asing untuk menyelamatkan pekerja.

Presiden Persatuan Terowong Antarabangsa dan Angkasa Lepas Arnold Dix berada di lokasi untuk membantu operasi menyelamat pada Isnin.

Syarikat dan agensi yang turut membantu misi itu, termasuk National Highways and Infrastructure Development Corp Ltd (NHIDCL), Rail Vikas Nigam Limited (RVNL), dan Military Border Roads Organisation (BRO).

-- BERNAMA

Sudah terperangkap 10 hari, 41 mangsa torowong runtuh belum dikeluarkan