awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertuduh utama kes rogol beramai-ramai bunuh diri

AFP
AFP
11/03/2013
02:37 MYT
Tertuduh utama kes rogol beramai-ramai bunuh diri
Tertuduh utama yang terlibat dalam kes merogol pelajar perempuan berusia 23 tahun di dalam sebuah bas di New Delhi Disember lepas dilaporkan membunuh diri dengan menggantung dirinya sendiri, menurut pegawai penjara yang memberitahu AFP hari ini.
“Ya, dia sudah meninggal dunia,” kata pegawai tersebut di dalam sebuah bilik pengawasan di Penjara Tihar, New Delhi apabila ditanya mengenai Ram Singh, lelaki yang dituduh mengetuai kejadian merogol beramai-ramai yang membawa kepada insiden protes jalanan serta wanita India mempertikaikan hak mereka di negara itu.
Ketua pegawai polis yang tidak mahu namanya didedahkan memberitahu AFP duda berusia 35 tahun tersebut menggantung dirinya di penjara pada jam 5.15 pagi.
"Kes ini tetap tidak akan ditutup. Tiada sebab untuk kes ini ditutup," menurut pegawai tersebut.
Singh, yang mana salah seorang ahli keluarganya turut dituduh, kini berada pada tahap keselamatan ketat di Tihar dan kerap hadir ke mahkamah untuk tuduhan bunuh, rogol dan culik. Jika tertuduh disabitkan bersalah boleh membawa kepada hukuman mati.
Dia merupakan pemandu rutin bas awam pada tanggal 16 Disember lalu yang mana bas tersebut biasanya digunakan untuk mengambil pelajar sekolah.
Polis berkata Singh dan rakan-rakannya sempat makan dan mabuk sebelum mengambil keputusan untuk bersiar-siar menggunakan bas tersebut.
Mangsa yang berusia 23 tahun mati selepas sepuluh hari bertarung dengan kekejaman seks yang dialaminya di India.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#gantung diri
#Kes rogol beramai-ramai
#pelajar perempuan
#Penjara Tihar
#Tertuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan