KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) akan terus memberi tekanan pada rejim Myanmar sehingga ia menghentikan keganasan terhadap rakyatnya, dan mengembalikan negara itu ke landasan demokrasi.
Penolong Setiausaha Negara AS bagi Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel Kritenbrink berkata beliau yakin AS dan rakan kongsi lain akan terus mengambil langkah untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim itu berikutan situasi di Myanmar yang semakin teruk.
"Apa yang berlaku di Myanmar sejak dua tahun lalu adalah satu persendaan mutlak. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh junta, keganasan kejam dan ngeri yang dilakukan oleh junta terhadap rakyatnya sendiri tidak boleh diterima sama sekali.
"Apa yang AS mahu lakukan sejak rampasan kuasa, bersama-sama rakan kongsinya termasuk di ASEAN, kami telah cuba meningkatkan tekanan ke atas junta dalam pelbagai cara untuk cuba memaksanya menghentikan keganasan dan kembali kepada demokrasi," katanya dalam taklimat media Asia Tenggara menerusi telefon pada Khamis.
Kritenbrink juga mengulangi sokongan padu AS ke atas Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN yang bertujuan untuk memulakan proses damai di Myanmar.
"Kami menyokong usaha ASEAN dan lain-lain untuk menjadikan Konsensus Lima Perkara itu menjadi kenyataan," katanya.
Dirangka dan dipersetujui oleh pemimpin ASEAN dan ketua junta jeneral kanan Min Aung Hlaing pada April 2021, rancangan itu pada dasarnya menggesa keganasan segera dihentikan ke atas rakyat Myanmar serta melibatkan semua pihak yang terlibat dalam dialog yang membina untuk menyelesaikan krisis.
Pada Selasa, AS dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar yang ditujukan kepada pegawai, individu dan syarikat negara itu.
Perbendaharaan AS menyenaraihitamkan Sky Aviator Co. kerana menambah baik dan menyelenggara pesawat junta serta pengasas syarikat itu, Kyaw Min Oo, seorang ahli perniagaan Myanmar berusia 40 tahun dituduh membekalkan senjata dan pembelian senjata untuk tentera.
Dalam tindakan yang diselaraskan, EU juga mengenakan sekatan ke atas 19 individu, termasuk menteri, ketua hakim Mahkamah Agung, anggota angkatan tentera, tentera udara dan wakil perniagaan yang tidak dinamakan. Majlis Pentadbiran Negeri juga telah disenaraihitamkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022

AS dan rakan kongsi lain akan terus mengambil langkah untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim itu berikutan situasi di Myanmar yang semakin teruk. - Foto fail/REUTERS

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Gadis pasang jerangkap samar elak ditangkap junta
Jerangkap samar yang dipasang Ma Chaw Su Aung menyebabkan lebih 50 anggota tatmadaw cedera.

AS terus beri tekanan ke atas junta Myanmar hentikan keganasan
AS akan terus memberi tekanan pada rejim Myanmar sehingga ia menghentikan keganasan terhadap rakyatnya.

AS, EU kenakan sekatan baharu terhadap junta Myanmar
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan terhadap junta Myanmar, selepas dua tahun kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan di negara itu.

Pembuat filem Jepun dihukum penjara tujuh tahun di Myanmar
Toru Kubota dijatuhi dua hukuman - tiga tahun untuk hasutan dan tujuh tahun atas pelanggaran berkaitan komunikasi elektronik.

Suu Kyi dihukum penjara 3 tahun atas penipuan ketika pilihan raya
Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan melakukan penipuan dalam pilihan raya, lapor media tempatan pada Jumaat.

Malaysia sokong gesaan pembebasan segera Suu Kyi - Saifuddin
Suu Kyi perlu dibebaskan segera untuk memulakan proses dialog damai dan inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan di negara itu.

Junta belum beri kerjasama berhubung bantuan kemanusiaan ke Myanmar - Saifuddin
Setakat ini Junta belum beri kerjasama yang diperlukan bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Myanmar.

Malaysia kutuk pelaksanaan hukuman mati empat aktivis oleh junta Myanmar
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Malaysia mengutuk pelaksanaan hukuman mati terhadap empat aktivis oleh junta Myanmar.

Suu Kyi dipenjara lima tahun terima rasuah
Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah membabitkan beberapa pemimpin politik kanannya.

Keputusan kecualikan junta Myanmar dalam mesyuarat ASEAN perlu dikekalkan
ASEAN harus mengekalkan keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 untuk hanya menjemput wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat-mesyuaratnya sehingga terdapat kemajuan ke