Tandas yang dilengkapi dengan tangki, singki dan cermin setinggi 30 sm antara yang dituntut sebagai hantaran sebuah perkahwinan oleh keluarga pengantin perempuan hanya kerana rumah bakal suaminya tidak mempunyai kemudahan tandas yang lengkap.
Semuanya bermula beberapa minggu lalu, apabila ketika penetapan perkahwinan untuk seorang gadis dari Akola dengan pengantin lelaki Devendra Makhode dari Yavatmal, pengantin perempuan itu cemas apabila mendapati rumah bakal suaminya itu tidak mempunyai tandas dan mereka dikatakan akan membuang air kecil dan besar di kawasan terbuka.
"Saya hanya mendapat tahu perkara ini selepas keluarga saya memuktamadkan perkahwinan itu. Saya kemudian telah membincangkan isu ini dengan ibu bapa dan adik beradik saya secara terperinci," jelas Chaitali dipetik dari laporan The Times of India.
Anak petani itu kemudian membuat permintaan sebuah tandas yang lengkap daripada ibubapanya sebagai hantara perkahwinan.
"Saya tidak berminat dengan televisyen, peti sejuk atau barang kemas sebagai hantaran perkahwinan. Saya hanya mahu sebuah tandas yang lengkap untuk diguna di rumah bakal suami saya,” kata pengantin perempuan itu.
Pada mulanya, bapa pengantin perempuan itu, Dilip Galakhe menolak permintaan anaknya kerana dia mendapati permintaan itu tidak masuk akal.
Tetapi, Dilip kemudian menunaikan permintaan anaknya demi kebahagian Chaitali.
Difahamkan, tetamu yang hadir untuk perkahwinan mereka terkejut besar melihat tandas buatan yang dibawa sebagai hantaran perkahwinan semasa majlis itu.
Sementara itu, tindakan wanita itu telah berjaya menarik perhatian rakyat negara India sehingga dia diberi ganjaran wang tunai sebanyak Rs10 juta (RM56,000) oleh sebuah NGO atas pendiriannya mengenai isu kebersihan.
Difahamkan, kempen 'Swachch Bharat', yang menekankan kepentingan sanitasi kini sedang dijalankan di negara itu.
Kohilah Sekaran
Mon May 18 2015
Tandas yang dilengkapi menjadi hadiah perkahwinan keluarga pengantin perempuan. - Gambar Hiasan
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.
Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.
"Tak salah pun..." - Zul Ariffin jawab mengenai pemberian kereta Range Rover kepada Gayatri
Zul memberitahu dia sudah lama merancang untuk memberikan hadiah kesukaan penerbit itu.
Jangan salah guna kurniaan Istana Johor - Permaisuri Johor
Ia merujuk kepada akaun TikTok 'shafeqyahya' yang menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Tokyo 2020: Jawatankuasa Olimpik gesa atlet henti gigit pingat kitar semula
Jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 mengingatkan atlet bahawa hadiah kemenangan itu tidak seharusnya digigit.
Kempen Stay Safe Win SSPN-i 2021, tawar hadiah bernilai hampir RM240,000
Hadiah utama sebuah kereta Proton X50 bagi kategori Platinum, Perodua Myvi 1.5cc bagi kategori Gold dan motosikal Yamaha Y15zr untuk kategori Silver.
Thailand: Daftar vaksin COVID-19 berpeluang dapat cabutan bertuah perhiasan emas, anak lembu
Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.
COVID-19: Syria terima hadiah vaksin dari China
Vaksin sebanyak 150,000 dos dari China itu tiba di Lapangan Terbang Damsyik.
Lelaki jalin hubungan dengan 35 wanita, terima hadiah kelahiran sepanjang tahun
Takashi Miyagawa didakwa menjalani hubungan intim dengan 35 wanita dengan tujuan untuk mendapatkan hadiah hari lahir sebanyak mungkin.