Polis anti dadah Thai memberkas seorang wanita dan suaminya, seorang pegawai tinggi polis, yang dipercayai menjadi dalang di sebalik sindiket dadah melibatkan berjuta-juta Dolar, dengan operasinya meliputi beberapa negara di rantau ini.
Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata wanita berumur 31 tahun itu dan suaminya yang berpangkat Lt Kolonel, ditahan dalam beberapa serbuan bersepadu yang dilancarkan NSB di seluruh negara bermula 12 Jan tahun ini.
"Kami syak sindiket ini yang diketuai seorang wanita dan suaminya mempunyai kaitan dengan raja dadah Laos, Xaysana Keopimpha dan raja dadah tempatan, Usman Salaemeng," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Jen Chakthip Chaijinda di ibu pejabat NSB di sini hari ini.
Xaysana, yang digelar 'Raja Dadah ASEAN' oleh pihak berkuasa Thai, ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi tahun lepas dan kini menunggu untuk dibicarakan, manakala Usman dari Narathiwat, menjadi orang buruan sejak 10 tahun lepas dan dipercayai menyembunyikan diri di sebuah negara jiran.
Menurut Sommai, serbuan terhadap wanita itu dan suaminya merupakan sebahagian daripada siasatan lanjut NSB terhadap rampasan 520kg marijuana di Hatyai, selatan Thailand pada 21 Dis tahun lepas.
Katanya berdasarkan siasatan polis, wanita itu dipercayai menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengawal perdagangan dadah dengan seorang pengedar dadah yang tidak dinamakan dari Laos, selain aktiviti transaksi wang yang mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah yang membawa keuntungan lumayan.
Sementara itu, pihak berkuasa akan mendakwa suami wanita itu dengan pertuduhan konspirasi dadah dan pengubahan wang haram.
"Sindiket diketuai wanita terbabit dan suaminya itu terlibat terutamanya dalam mendapatkan dadah jenis Methaphetamine seperti 'Ice' (Crystal Methaphetamine) dan Marijuana daripada Segitiga Emas ke Selatan Thailand, sebelum dadah itu dipasarkan ke negara lain," katanya.
Timbalan Sommai, Maj Jen Thanai Aphichartsenee berkata sindiket suami isteri itu beroperasi sejak empat hingga lima tahun lepas, dengan dadah dalam kawalan mereka biasanya diseludup merentasi sempadan ke negara ketiga sebelum sampai ke bandar di selatan sempadan, Hatyai.
Polis turut mengumumkan selain wanita itu dan suaminya, mereka turut menahan tujuh orang lagi dalam serbuan itu dan merampas 21 senjata api, pelbagai jenis kereta, hak milik tanah, kondominium, rumah, wang tunai dan barangan kemas dianggarkan bernilai kira-kira 188 juta Baht (RM22 juta).
Polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3.34 juta pil Methaphetamine, 2kg "Ice", 12kg Marijuana dan sejumlah kecil Heroin bernilai kira-kira 722.8 juta Baht (kira-kira RM90 juta), kata polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Sebahagian senjata api, wang tunai, barangan kemas dan pelbagai jenis kereta yang dianggarkan bernilai kira-kira RM90 juta yang dirampas polis Thailand dalam serbuan semenjak 12 Jan lepas. --fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.