awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand alu-alukan lebih 20 juta pelancong, jana lebih 900 bilion baht

Bernama
Bernama
14/08/2025
14:00 MYT
Thailand alu-alukan lebih 20 juta pelancong, jana lebih 900 bilion baht
Thailand merekodkan lebih 20 juta ketibaan pelancong antarabangsa setakat tahun ini, dengan hasil melebihi 900 bilion baht (100 baht = RM12.99). - Foto hiasan/REUTERS
BANGKOK: Thailand merekodkan lebih 20 juta ketibaan pelancong antarabangsa setakat tahun ini, dengan hasil melebihi 900 bilion baht (100 baht = RM12.99).
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sasikan Watthanachan berkata antara 1 Jan hingga 10 Ogos 2025, negara itu menerima kedatangan 20,197,119 pelawat antarabangsa dengan jumlah perbelanjaan mencecah kira-kira 937.65 bilion baht.
"Lima pasaran utama bagi tempoh ini ialah China (2,835,910 ketibaan), Malaysia (2,785,725), India (1,426,080), Rusia (1,144,105) dan Korea Selatan (950,692)," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman rasmi Kerajaan Thailand pada Khamis.
Beliau juga berkata kerajaan akan terus mempromosikan sektor pelancongan, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan piawaian keselamatan, serta mewujudkan pengalaman positif yang berkekalan bagi meningkatkan keyakinan semua pelawat.
Thailand menyasarkan kedatangan sekurang-kurangnya 38 juta pelancong antarabangsa tahun ini.
Pada 2024, negara itu menerima lebih 35.5 juta pelawat dan hasil pelancongan berjumlah 1.67 trilion baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#bhat
#pelancong antarabangsa
#Sasikan Watthanachan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan