awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis

Bernama
Bernama
09/05/2024
09:08 MYT
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya. - Gambar fail
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan agensi kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih tegas terhadap dadah, khususnya kanabis.
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
Beliau juga menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengeluarkan peraturan yang jelas yang membenarkan penggunaan tumbuhan itu hanya untuk tujuan perubatan dan berkaitan dengan kesihatan.
"Masalah dadah adalah keutamaan kerajaan kerana ia merosakkan masa depan negara dan semua pihak mesti bekerjasama untuk membanteras dadah. Saya juga meminta agar ada kemajuan yang jelas dilaporkan dalam tempoh 90 hari," katanya di X.
Srettha pada Rabu mempengerusikan mesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul, Menteri Kesihatan Awam Somsak Thepsutin, Menteri Kehakiman Tawee Sodsong, serta eksekutif agensi yang berkaitan, untuk membincangkan masalah dadah di seluruh Thailand.
Beliau berkata Kementerian Kehakiman, Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik dan Biro Penindasan Narkotik akan bekerjasama memberkas pengedar dadah dan merampas aset mereka untuk menutup rangkaian dadah.
Thailand membenarkan penggunaan Kanabis pada tahun 2022, walaupun merokok di tempat awam, penjualan kepada kanak-kanak dan wanita hamil telah diharamkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#banteras
#kanabis
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan