BANGKOK: Thailand mengambil pendekatan 'diplomasi senyap' dalam usahanya mencari penyelesaian yang aman untuk krisis politik di Myanmar sejak rampasan kuasa tentera Februari lalu.
Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata, Thailand memantau rapat keadaan di Myanmar sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.
"Sebagai rakan kepada semua pihak di Myanmar dan sebahagian daripada keluarga ASEAN, Thailand bersedia untuk menyumbang secara konstruktif.
"Sebahagian besar apa yang telah dibuat Thailand mungkin tidak diumumkan kerana kami percaya kaedah 'diplomasi senyap' dengan negara jiran adalah lebih berkesan dan ia sejajar dengan tradisi diplomasi Thailand," katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Don Pramudwinai dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-China.
Beliau juga djadual menghadiri Mesyuarat Keenam Menteri Luar Mekong-Lancang di Chongqing, China mulai hari ini hingga 8 Jun untuk membincangkan kerjasama dua hala, perkembangan di rantau ini dan keadaan di Myanmar.
Tanee berkata sebagai jiran Myanmar, Thailand amat sedih dengan keganasan dan kehilangan nyawa di Myanmar.
"Thailand ulangi gesaannya untuk meredakan ketegangan, menghentikan kekerasan, pembebasan semua tahanan dan penyelesaian aman melalui dialog dan saluran yang berkesan," katanya.
Beliau mengulas mengenai laporan sekurang-kurangnya 845 penduduk Myanmar terkorban akibat kekerasan tentera dan lebih 4,500 lagi dipenjara, sejak rampasan kuasa itu.
Thailand berharap lima konsesus yang dicapai pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta, 24 April lalu dapat dilaksanakan sepenuhnya secepat mungkin, terutama pelantikan Utusan Khas ASEAN dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.
"Kami berharap agar masyarakat antarabangsa dan semua pihak yang terlibat di Myanmar akan menyokong usaha ASEAN ini," katanya.
Ujarnya, Kerajaan Thailand baru-baru ini menyumbang lima juta baht kepada Persatuan Palang Merah Myanmar melalui Persatuan Palang Merah Thailand.
"Kedua-dua negara juga telah bekerjasama melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan rakyat Myanmar," katanya.
Selain itu, Tanee berkata Thailand akan terus membantu penduduk Myanmar yang melarikan diri daripada keganasan di negara mereka.
Jumaat lalu, Myawaddy TV melaporkan pemimpin junta, Min Aung Hlaing bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi dan Menteri Luar II Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof di Naypyidaw.
Susulan pertemuan itu, pihak yang membantah junta Myanmar menyatakan mereka kecewa dengan usaha ASEAN untuk mengakhiri krisis, lapor Reuters.
Beberapa keping foto turut tular di media sosial yang menunjukkan penunjuk perasaan di Mandalay bertindak membakar bendera ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Thailand memantau rapat keadaan di Myanmar sejak tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi. - Gambar fail/Reuters
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.