CHUMPHON (Thailand): Sambutan pesta durian telah diadakan pada Sabtu di wilayah Chumphon, selatan Thailand bagi mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
Konsul Jeneral China di Songkhla, Wu Dongmei bersama-sama wakil pengedar buah-buahan China dan syarikat logistik termasuk SF Express menghadiri acara itu, lapor Xinhua.
Gabenor Wisah Poolsirirat secara simbolik membelah durian menandakan permulaan musim durian Chumphon 2024.
Sepanjang lima tahun lalu, kawasan penanaman durian di wilayah Chumphon terus berkembang, meningkat sebanyak 17.38 peratus pada 2024 berbanding 2023, menurut pejabat pertanian wilayah itu.
Wilayah Chumphon dijangka mengeluarkan lebih 250,000 tan durian pada 2024, menjana pendapatan lebih 33 bilion baht (kira-kira AS$899.4 juta).
Peluasan kawasan penanaman durian adalah berdasarkan peningkatan permintaan dari negara rakan dagang utama. China ialah rakan dagang durian terbesar Thailand, manakala 70 peratus daripada durian wilayah Chumphon dieksport ke China, kata Wisah.
"Pada masa hadapan, kami akan meningkatkan lagi kualiti durian dan menjadikan durian Thai popular dalam kalangan pengguna China," kata Wisah.
Sementara itu, Wu berkata, selatan Thailand khususnya wilayah Chumphon kaya dengan sumber pertanian.
Durian dari kawasan ini sangat popular di pasaran China kerana rasa dan kualitinya, katanya.
Beliau juga menekankan bahawa China dan Thailand mempunyai potensi memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan, meningkatkan pertukaran perdagangan dan menggalakkan hubungan dua hala.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Sepanjang lima tahun lalu, kawasan penanaman durian di wilayah Chumphon terus berkembang, meningkat sebanyak 17.38 peratus pada 2024 berbanding 2023. - Gambar hiasan/Unsplash
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.