BANGKOK: Berikutan kes COVID-19 terus meningkat, Thailand kini bersiap sedia menghadapi gelombang baharu jangkitan.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, negara itu mencatatkan 8,511 kes baharu dan 12 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara 2,269,550 kes dan 21,825 kematian setakat ini.
Kes COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara selama enam hari berturut-turut.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan semua gabenor wilayah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Wilayah untuk menguatkuasakan sekatan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan mengikut kesesuaian untuk membendung COVID-19.
"Perdana Menteri juga mengarahkan semua kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan untuk menggerakkan petugasnya di tengah-tengah lonjakan kes," kata jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.
Bagi menguruskan peningkatan kes di Bangkok, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melakukan persediaan untuk membuka 41 kemudahan kuarantin komuniti dengan jumlah katil yang boleh menempatkan kira-kira 5,100 pesakit.
Selain itu, gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk mengetatkan kawalan di tempat berisiko termasuk pusat hiburan.
Beliau juga mengarahkan pejabat daerah membuat persiapan yang perlu termasuk pengangkutan untuk membawa pesakit COVID-19.
"Pejabat daerah diarah menubuhkan Pusat Operasi Kecemasan di Bangkok untuk memantau situasi varian Omicron yang sangat mudah berjangkit," katanya.
Kementerian Kesihatan Awam turut menyeru orang ramai tampil mendapatkan vaksin penggalak.
Pejabat kesihatan Nonthaburi menawarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 ketiga dan keempat secara percuma kepada sejumlah penduduk Thailand pada 13 dan 14 Januari.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Chaichan Changmongkol berkata pihak berkuasa keselamatan memperketat kawalan sempadan bertujuan mencegah penyeberangan sempadan secara haram, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Tentera akan menubuhkan pusat operasi kecemasan COVID-19 sekiranya berlaku wabak di wilayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Berikutan kes COVID-19 terus meningkat, Thailand kini bersiap sedia menghadapi gelombang baharu jangkitan. - Gambar fail/REUTERS
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.