awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand catat 11 kes jangkitan cacar monyet

Bernama
Bernama
17/10/2022
20:00 MYT
Thailand catat 11 kes jangkitan cacar monyet
Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang pulang dari Qatar disahkan positif kes cacar monyet, kes ke-11 yang dilaporkan di Thailand. -Gambar hiasan
BANGKOK: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang pulang dari Qatar disahkan positif kes cacar monyet, kes ke-11 yang dilaporkan di Thailand.
Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Tares Krassanairawiwong berkata lelaki itu yang bekerja sebagai tukang urut di Qatar, menunjukkan simptom termasuk demam dan ruam pada 8 Okt, sebelum pulang ke Thailand.
Setiba di Bangkok pada 15 Okt, lelaki itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Pathum Thani dan doktor mengesyaki dia dijangkiti cacar monyet.
"Pesakit dipindahkan ke Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura untuk rawatan. Ujian makmal mengesahkan dia positif cacar monyet," katanya.
Tares berkata DDC telah meningkatkan pengesanan kontak rapat bagi membendung penularan jangkitan.
Thailand melaporkan kes cacar monyet pertama membabitkan warna Nigeria berusia 27 tahun di Phuket pada 18 Julai.
Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya positif. Lelaki itu kemudiannya ditemui di Phnom Penh, Kemboja dan dirawat di hospital di sana.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah DDC Dr ophon Iamsirithavorn berkata 10 orang yang disahkan kes cacar monyet di negara itu pulih sepenuhnya.
Beliau berkata 59 orang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat juga bebas daripada penyakit itu selepas menjalani pemantauan selama 21 hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Thailand
#Qatar
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan