BANGKOK: Thailand menyeru semua pihak meningkatkan usaha diplomatik untuk terlibat dalam dialog bagi mencapai penyelesaian secara aman sebagai jalan keluar kepada konflik Rusia-Ukraine.
Duta dan Wakil Tetap Thailand ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr Suriya Chindawongse berkata perang di Ukraine menjadi cabaran yang belum pernah berlaku dan paling berbahaya yang pada umumnya turut mengancam geopolitik, kewangan, ekonomi, keselamatan dan keseimbangan kolektif dunia.
Beliau berkata Thailand mengulangi pematuhan tidak berbelah bahagi terhadap Piagam PBB serta undang-undang antarabangsa sebagai titik rujukan untuk standard tingkah laku negara.
Thailand juga menjunjung hak rakyat untuk hidup dalam keadaan yang sejahtera dan pertimbangan kemanusiaan sama sekali tidak boleh dipolitikkan dan didiskriminasi.
"Kami menggesa PBB berusaha sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh dalam diplomasi untuk melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia dan bukan menjadi sebahagian permainan moral dan saling menuding jari antara satu sama lain.
"Usaha terbaik harus dibuat untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penglibatan dan dialog bagi menyelesaikan pertikaian...," katanya sebelum Sidang Khas Tergempar Ke-11 Perhimpunan Agung PBB.
Pada Khamis, Thailand dan 140 negara lagi mengundi untuk menggesa peperangan di Ukraine dihentikan dan menuntut Rusia mengundurkan tenteranya. Resolusi itu mendapat bantahan tujuh negara termasuk Korea Utara dan Syria manakala 32 lagi berkecuali termasuk China dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Suriya Chindawongse berkata, perang di Ukraine menjadi cabaran yang turut mengancam geopolitik, kewangan, ekonomi, keselamatan dan keseimbangan kolektif dunia. - Facebook Permanent Mission of Thailand to the UN
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.