BANGKOK: Thailand mengecualikan keperluan visa secara kekal bagi warganegara China bermula 1 Mac, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Selasa, lapor Xinhua.
Srettha berkata bahawa Thailand sebelum ini memberi status pengecualian visa sementara untuk pengunjung dari China sehingga 29 Feb 2024.
Selepas rundingan dengan pihak berkuasa China, kerajaan Thailand kini menerima pakai dasar pengecualian visa secara kekal bagi warga China bermula Mac, lapor Xinhua.
Beliau berkata langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan industri pelancongan Thailand tetapi juga menandakan peningkatan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi Thailand, dengan merekodkan 28 juta ketibaan pelancong asing pada 2023 termasuk kira-kira 4.4 juta pengunjung dari Malaysia dan 3.4 juta dari China.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Srettha berkata bahawa Thailand sebelum ini memberi status pengecualian visa sementara untuk pengunjung dari China sehingga 29 Feb 2024. - Gambar fail/Bernama
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Thailand kecualikan visa secara kekal bagi rakyat China
Thailand mengecualikan keperluan visa secara kekal bagi warganegara China bermula 1 Mac, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Selasa, lapor Xinhua.
Thailand kecualikan visa pengembara China, Kazakhstan untuk lima bulan
Thailand akan mengecualikan keperluan visa bagi pengembara dari China dan Kazakhstan untuk tempoh lima bulan mulai 25 September hingga akhir Februari, dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong.