BANGKOK: Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta perlindungan insurans pelancong.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Traisulee Traisaranakul berkata 300 baht akan dikutip daripada pelawat yang tiba melalui udara manakala 150 baht daripada pengembara yang masuk melalui sempadan air dan darat.
Mereka yang memegang pasport Thailand, pasport diplomatik, permit kerja dan permit kerja khas (untuk profesional tertentu) serta kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan penumpang transit, dikecualikan daripada bayaran itu.
"Selain itu, pelawat yang masuk dan keluar pada hari yang sama juga dikecualikan.
"Thailand adalah antara 40 negara di dunia yang mengutip yuran kemasukan daripada pelancong asing. Bagaimanapun, Thailand merupakan negara pertama yang menggunakan kutipan itu untuk manfaat pelancong seperti menyediakan insurans kemalangan dan menaik taraf serta membangunkan destinasi pelancongan.
"Bayaran yang dikutip akan digunakan untuk membantu mengembangkan lagi industri pelancongan, insurans untuk pelancong asing sepanjang berada di sini yang bertujuan mempromosi pelancongan selamat," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Thailand menanggung kos perubatan antara 300 dan 400 juta setiap tahun untuk rawatan pelancong asing di hospital awam.
Menteri Pelancongan dan Sukan Pipat Ratchakitprakarn berkata kerajaan dijangka mengumpul kira-kira 3.9 bilion baht tahun ini.
Thailand menyemak semula ketibaan pelancong daripada 20 juta kepada lebih 30 juta tahun ini berikutan kemasukan semula pelancong China.
Tahun lepas, Thailand menerima 11.15 juta pelancong asing, meningkat daripada hanya kira-kira 428,000 pada tahun sebelumnya berikutan langkah perjalanan COVID-19 yang ketat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Bayaran yang dikutip akan digunakan untuk membantu mengembangkan lagi industri pelancongan dan insurans untuk pelancong asing sepanjang berada di Thailand.- Fail/REUTERS
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Thailand kutip fi daripada pelancong asing mulai 1 Jun
Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun.
Thailand lulus bantuan 12.75 bilion baht kepada sektor getah
Kabinet Thailand meluluskan pakej bantuan 12.75 bilion baht (RM1=8.30 baht) bagi membantu pekebun getah yang terjejas teruk berikutan harga rendah komoditi itu yang berpanjangan.