BANGKOK: Thailand hari ini mengumumkan pelaksanaan lebih banyak sekatan dan langkah COVID-19 termasuk melanjutkan penggantungan program kemasukan “Test & Go” tanpa kuarantin sehingga diberitahu kelak, dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, sekatan itu tidak akan menjejaskan pemegang Pas Thailand kerana mereka masih boleh masuk ke negara itu tanpa menjalani kuarantin sehingga 15 Jan.
"Kami akan melakukan perubahan jika keadaan samakin baik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Taweesin berkata program "sandbox" akan diperluas ke pulau peranginan lain - Koh Phang-nga, Krabi, Koh Samui, Koh Tao dan Koh Phangan (wilayah Surat Thani), mulai 11 Jan.
Di bawah program "sandbox", pelancong dibenarkan bergerak dengan bebas tetapi perlu kekal di lokasi tertentu selama tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat CCSA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
Kes COVID-19 di Thailand terus meningkat dan dalam tempoh 24 jam yang lalu mencatatkan 7,526 kes COVID-19 baharu dan 19 kematian, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 2,252,776 kes dan 21,799 kematian.
Sementara itu, Dr Taweesin berkata Thailand juga akan menarik balik larangan masuk kepada pengembara dari lapan negara Afrika - Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe - yang disenaraikan sebagai berisiko tinggi mulai 11 Jan.
Bagi membendung jangkitan tempatan, Dr Taweesin berkata, kedai hiburan kekal ditutup.
Beliau berkata restoran dan kedai makan di lapan wilayah pelancongan termasuk ibu kota Bangkok, Kanchanaburi dan Phuket boleh menyediakan minuman beralkohol sehingga 9 malam mulai Ahad.
Bagaimanapun, 69 wilayah lain dilarang menghidangkan minuman beralkohol.
Selain itu, Taweesin berkata kerajaan juga menasihatkan sektor awam dan swasta untuk terus bekerja dari rumah sehingga akhir bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Sekatan itu tidak akan menjejaskan pemegang Pas Thailand kerana mereka masih boleh masuk ke negara itu tanpa menjalani kuarantin sehingga 15 Jan. - Gambar fail/REUTERS
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.