Skip to main content

Dunia

Thailand lantik pegawai baharu bagi jawatan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara

[TB]_Chaiyapruk Duangpraphat_ISOC4
Pelantikan Chaiyapruk Duangpraphat mendapat persetujuan Jemaah Menteri selepas meluluskan cadangan dari Pejabat Majlis Keselamatan Negara. - Foto: ISOC4
Advertisement

YALA: Ketua Staf Tentera Darat Diraja Thailand, Jeneral Chaiyapruk Duangpraphat, telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (Tahap Eksekutif, Tinggi), Pejabat Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Perdana Menteri, berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026.

Pelantikan beliau itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri selepas meluluskan cadangan dari Pejabat Majlis Keselamatan Negara.

Pelantikan itu juga akan berkuat kuasa mulai tarikh Titah Diraja yang melantik beliau ke jawatan tersebut.

Keputusan melantik Ketua Staf Tentera Darat itu dibuat hasil mesyuarat rasmi pertama Kabinet bergerak kerajaan, yang diadakan di Wilayah Songkhla dari 31 Ogos hingga 1 September 2026 menerima cadangan berkenaan selepas melihat perkembangan terkini di kawasan Selatan Thailand.

Sebelum ini jawatan berkenaan disandang Chatchai Bangchuad (tahap eksekutif tinggi) pada tahun 2024,  di bawah Pejabat Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Perdana Menteri Thailand. 

Sementara itu, jurucakap Markas Hadapan Wilayah 4, Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) keadaan di selatan Thailand yang sebelum ini tegang mulai kembali pulih.

Ia susulan beberapa siri tangkapan ke atas pemberontak dan soal siasat yang dijalankan ke atas beberapa individu bagi membantu siasatan insiden dan ketegangan yang berlaku baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan, berlaku insiden pembakaran infrasturktur awam termasuk menara telekomunikasi, tiang elektrik, bangunan perniagaan, kedai serbaneka, kenderaan di lebih 50 lokasi membabitkan Yala, Narathiwat dan Pattani.

Insiden berkenaan menyebabkan kebimbangan ramai pihak termasuk pelancong dari Malaysia yang menangguhkan perjalanan dan percutian mereka ke selatan Thailand termasuk Hatyai. 

Thailand masih mengekalkan undang-undang tentera di wilayah bergolak itu.

Must Watch Video

Advertisement