awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lepaskan jerung harimau bintang terancam dalam usaha pemuliharaan

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2026
01:40 MYT
Thailand lepaskan jerung harimau bintang terancam dalam usaha pemuliharaan
Jerung berbintik yang suatu ketika dahulu sering dilihat oleh penyelam dan penggemar snorkel itu mengalami kemerosotan mendadak dalam populasi liar sejak sedekad lalu. - Gambar hiasan
PULAU MAITON: Seekor jerung harimau bintang Indo-Pasifik muda dilepaskan ke perairan biru di luar Pulau Maiton, selatan Thailand, oleh aktivis pemuliharaan, menandakan usaha pertama negara itu untuk “menghidupkan semula” populasi spesies jerung terancam berkenaan di habitat semula jadi.
Jerung berbintik yang suatu ketika dahulu sering dilihat oleh penyelam dan penggemar snorkel itu mengalami kemerosotan mendadak dalam populasi liar sejak sedekad lalu akibat penangkapan berlebihan dan kehilangan habitat, walaupun bilangannya terus meningkat dalam akuarium persendirian.
“Kenapa tidak kita ambil populasi pembiakan yang berkembang baik di akuarium dan lepaskan semula ke laut supaya populasi liar dapat pulih?” kata Metavee Chuangcharoendee, pengurus projek StAR Project Thailand, satu kerjasama yang dilancarkan tahun lalu melibatkan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan akuarium.
Pelepasan terbaharu pada Disember lalu melibatkan jerung bernama Maiton, Hope, Spot dan Toty, masing-masing berusia hampir dua tahun.
Haiwan ini antara tujuh anak jerung yang telah dilepaskan setakat ini selepas dibiakkan dan dibesarkan di akuarium selama kira-kira setahun.
Sebelum dilepaskan, semua jerung tersebut menjalani latihan selama beberapa bulan bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan liar, termasuk ditempatkan di sangkar laut berhampiran jeti di Maiton Resort untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semula jadi.
“Sangkar laut ini dibina bagi membantu jerung menyesuaikan diri dengan persekitarannya, manakala penjaga jerung memantau pemakanan harian, pertumbuhan dan kesihatan umum bagi memastikan haiwan ini bersedia untuk hidup di laut,” kata Metavee.
Dua hari sebelum pelepasan, doktor haiwan marin menjalankan pemeriksaan kesihatan akhir termasuk imbasan ultrabunyi, pemasangan peranti penjejakan akustik, pengambilan sampel DNA dan pengukuran fizikal sebelum jerung itu disahkan layak dilepaskan.
Walaupun spesies tersebut dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan hidupan liar Thailand, Metavee menegaskan usaha lebih menyeluruh seperti perlindungan habitat, pengurangan pencemaran dan pengurusan sumber marin yang lebih baik adalah penting bagi memastikan kelangsungan hidup jangka panjang jerung tersebut.
Bagi Metavee, kejayaan sebenar bukan sekadar jumlah jerung yang dilepaskan, tetapi tanda-tanda pemulihan sebenar seperti kemunculan semula jerung harimau bintang dalam pemerhatian penyelam, bukti pembiakan di habitat liar dan ketiadaan spesies itu di pasar ikan.
“Itulah yang saya anggap sebagai kejayaan jangka panjang,” katanya.
Topic Berkaitan
#jerung harimau bintang
#Pulau Maiton
#pemuliharaan
#terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan