awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama sempadan

Bernama
Bernama
20/10/2023
20:20 MYT
Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama sempadan
Somsak yang juga Menteri Kehakiman berkata, hasil perbincangannya dengan agensi berkaitan dan sektor swasta, mereka mencadangankan pembukaan pusat makanan halal, hospital swasta baharu dan universiti antarabangsa di wilayah selatan. - Gambar fail
NARATHIWAT: Thailand dan Malaysia komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan, keselamatan, perdagangan dan pelaburan di wilayah sempadan selatan Thailand dan negeri-negeri utara Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somsak Thepsuthin yang melawat Kelantan pada Jumaat berkata, terdapat cadangan untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Sg Kolok, Narathiwat dan Rantau Panjang, Kelantan.
Somsak yang juga Menteri Kehakiman berkata, hasil perbincangannya dengan agensi berkaitan dan sektor swasta, mereka mencadangankan pembukaan pusat makanan halal, hospital swasta baharu dan universiti antarabangsa di wilayah selatan.
"Infrastruktur dan pembangunan baharu di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan meningkatkan perdagangan sempadan.
"Saya harap lawatan (ke Kelantan) akan membantu memulihkan hubungan antara kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata, ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama oleh seorang pegawai Thailand dalam tempoh sepuluh tahun.
Sementara itu, Somsak turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengenai kerjasama dalam bidang keselamatan.
"Polis Malaysia berharap dapat mempergiat usaha membanteras penyeludupan pekerja haram dan pengedaran dadah merentas sempadan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#bidang keselamatan
#memulihkan hubungan
#pekerja haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan