BANGKOK: Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu dalam usahanya menambah angka ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongannya.
"Pas Thailand", merupakan satu sistem yang mewajibkan pengembara asing menunjukkan salinan dokumen vaksinasi, polisi insurans dan dokumen berkaitan sebelum mereka menerima kod QR untuk digunakan semasa memasuki negara itu. Bagaimanapun, proses pendaftaran pra-ketibaan dan insurans perubatan dilihat telah mengurangkan minat pelancong.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr. Taweesin Visanuyothin berkata pengembara asing masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif bagi yang tidak atau belum lengkap divaksin.
"Pengembara asing tidak lagi perlu membeli polisi insurans COVID-19 minimum AS$10,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Taweesin berkata arahan memakai pelitup muka juga akan digugurkan kecuali di tempat yang sesak dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
Pelitup muka diwajibkan di khalayak ramai di Thailand, termasuk di kawasan terbuka, sejak pertengahan 2021 untuk mengekang penularan COVID-19.
Taweesin berkata pusat hiburan akan dibenarkan beroperasi sehingga 2 pagi berdasarkan peraturan pra-pandemik.
Pelonggaran langkah-langkah itu akan berkuatkuasa sebaik sahaja pengumuman rasmi disiarkan dalam Warta Diraja.
Bagi memulihkan industri pelancongannya, mulai 1 Jun, pelancong asing yang lengkap divaksin bebas melancong ke mana sahaja di Thailand.
Selain itu, pelancong asing yang tidak atau belum lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Jun, tetapi mesti memuat naik bukti keputusan RT-PCR negatif atau ATK profesional dalam tempoh 72 jam perjalanan menerusi Pas Thailand.
Dengan pelonggaran sekatan COVID-19 di negara itu, Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini.
Dari 1 hingga 15 Jun, Thailand menerima 348,699 warga asing. Rakyat Malaysia mendahului senarai dengan 61,486, diikuti India (51,800), Singapura (31,580), Vietnam (18,885) dan Amerika (15,708).
Thailand dikunjungi hampir 40 juta orang yang membelanjakan kira-kira 1.91 trilion baht pada 2019.
Sepanjang 24 jam lalu, Thailand merekodkan 1,967 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian. Setakat ini, Thailand mencatat 4,494,880 kes dan 30,422 kematian sejak wabak itu dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu dalam usahanya menambah angka ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongannya. - Gambar fail/BERNAMA
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.