BLOK pembangkang Thailand perlu bersatu untuk menyingkirkan pihak tentera daripada politik dan membentuk kerajaan awam selepas pilihan raya pada Mei.
Demikian dinyatakan pemimpin parti pembangkang popular Move Forward, Pita Limjaroenrat, semasa berkempen pada Sabtu.
Pilihan raya Thailand pada 14 Mei ini digambarkan sebagai pertandingan antara konservatif pro-tentera dan pembangkang populis yang diketuai parti Pheu Thai dan sekutunya, parti Move Forward.
Dua kerajaan yang disokong Pheu Thai sebelum ini telah digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera pada 2006 dan 2014.
Menurut Pita, pembangkang adalah alternatif yang tepat untuk rakyat Thailand dan bukan parti disokong tentera yang melakukan rampasan kuasa.
Calon perdana menteri itu melihat pakatan dengan Pheu Thai sebagai penting untuk menewaskan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha selepas lebih lapan tahun memegang jawatan.
Prayuth, yang merupakan bekas ketua tentera, merampas kuasa pada 2014 dan kekal sebagai perdana menteri selepas pilihan raya terakhir pada 2019.
Beliau bertanding dalam pilihan raya akan datang tetapi tinjauan pendapat baru-baru ini meletakkannya di belakang Pheu Thai dan Move Forward yang mengekalkan tempat pertama dan kedua.
Parti Move Forward mempunyai asas yang kukuh dalam kalangan pengundi bandar termasuk mereka yang menyertai gerakan protes pimpinan belia yang muncul pada 2020 untuk mencabar Prayuth.
Astro Awani
Sat Apr 22 2023
Pita Limjaroenrat ketika hadir pada satu kempen pilihan raya di Bangkok, Thailand, 22 April 2023. - REUTERS
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti Move Forward Thailand ke arah bina kerajaan yang stabil dan seimbang
Parti Move Forward Thailand dan perikatannya yakin dapat mewujudkan kerajaan yang stabil dan seimbang selepas kemenangan menakjubkan dalam pilihan raya umum pada Ahad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Thailand Memilih: Parti pembangkang perlu bersatu kalahkan tentera
Pilihan raya pada 14 Mei ini digambarkan sebagai pertandingan antara konservatif pro-tentera dan pembangkang populis diketuai Pheu Thai.
PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.