awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand mula beri suntikan tambahan hujung bulan ini

Bernama
Bernama
03/09/2021
14:38 MYT
Thailand mula beri suntikan tambahan hujung bulan ini
Thailand akan memulakan suntikan tambahan vaksin COVID-19 atau suntikan 'booster' kepada tiga juta penduduk yang telah divaksin, seawal hujung bulan ini. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand akan memulakan suntikan tambahan vaksin COVID-19 atau suntikan 'booster' kepada tiga juta penduduk yang telah divaksin, seawal hujung bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata suntikan tambahan itu akan diberikan kepada mereka yang telah lengkapkan dua dos suntikan vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.
"Kami akan memberikan vaksin AstraZeneca COVID-19 sebagai suntikan booster," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mulai pertengahan Julai, Thailand mula memberikan suntikan vaksin mRNA tambahan yang diimport kepada pekerja barisan hadapannya yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac.
Setakat ini, Thailand telah memberikan 34.29 juta dos vaksin termasuk 597,598 dos sebagai suntikan ketiga.
Sementara itu, Anutin berkata lima juta warga Thailand dalam kumpulan usia 12 hingga 18 tahun akan diberi vaksin mulai bulan depan.
Menurut beliau, kumpulan itu akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang dijadualkan tiba pada Oktober.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand melaporkan 14,653 kes COVID-19 baharu dan 271 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara 1,249,140 dan 12,374 kematian sejak wabak itu dikesan pada Januari tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#suntikan tambahan
#vaksin
#COVID-19
#booster
#AstraZeneca
#Sinovac
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan