awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Thailand mulakan perbincangan semula mengenai FTAAP

Bernama
Bernama
18/11/2022
20:29 MYT
Thailand mulakan perbincangan semula mengenai FTAAP
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengemukakan FTAAP pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC dengan Tetamu di Bangkok pada Jumaat. - Gambar fail REUTERS
BANGKOK: Thailand memulakan perbincangan semula mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) untuk memajukan integrasi ekonomi serantau dan menyokong sistem perdagangan pelbagai hala.
Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, telah mengemukakan FTAAP pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC dengan Tetamu di Bangkok pada Jumaat.
Pemangku jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri mendedahkan bahawa Thailand turut mencadangkan pelan kerja empat tahun FTAAP (2023-2026) yang menggabungkan isu kepentingan bersama dalam kalangan ekonomi anggota APEC: perdagangan tradisional, perdagangan baru muncul dan pemulihan ekonomi.
"FTAAP bertujuan untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan di Asia-Pasifik, meminimumkan halangan perdagangan dan pelaburan, meningkatkan daya saing ekonomi anggota APEC, dan merapatkan jurang antara ekonomi anggota APEC dalam pelbagai peringkat pembangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau menambah bahawa Kenyataan Bersama Menteri pada Mesyuarat Menteri APEC telah dirangka oleh kerajaan Thailand yang merangkumi 47 isu perbincangan di bawah tiga agenda menyeluruh, iaitu pembukaan kepada semua peluang; menyambung semua dimensi; dan mengimbangi semua aspek yang berkaitan dengan FTAAP.
Beliau berkata, kerajaan berusaha untuk memajukan FTAAP dengan harapan menjadikan APEC sebagai kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dan mekanisme utama dalam membasmi halangan perdagangan antarabangsa serta menggalakkan ketersambungan rantaian bekalan dalam kalangan ekonomi anggota.
"FTAAP dipercayai dapat membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi Thailand dalam pelbagai dimensi dan meningkatkan daya saing jangka panjang negara. Kerajaan amat berharap FTAAP akan menjadi peluang kepada sektor swasta untuk mengembangkan perniagaan mereka dan meneroka peluang perniagaan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#FTAAP
#APEC
#Prayuth Chan o-cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.