BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Rabu mengumumkan Thailand akan membuka semula negara kepada pelancong yang sudah lengkap mendapat vaksin pada pertengahan Oktober untuk menghidupkan kembali ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata pelancong yang sudah lengkap divaksinasi termasuk warga Thailand yang mahu pulang, akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin atau sekatan lain.
Prayuth mengakui keputusan itu mempunyai beberapa risiko kerana mungkin akan berlaku peningkatan jangkitan.
"Saya fikir ketika kita mempertimbangkan keperluan ekonomi rakyat, sudah tiba masanya untuk kita menjangkakan risikonya dan menetapkan tarikh membuka semula negara sepenuhnya dan mula menerima pelawat.
"Membuka kembali negara adalah antara cara penting untuk mengurangkan penderitaan mereka yang kehilangan pendapatan.
"Oleh itu, saya menetapkan matlamat untuk Thailand dibuka sepenuhnya dalam masa 120 hari lagi bermula hari ini (Rabu), dan pusat pelancongan boleh membuat persediaan awal," katanya ketika berucap pada Rabu malam.
Beliau menambah sektor pekerjaan dan perniagaan serta pengangkutan domestik juga dapat beroperasi seperti biasa tanpa sekatan.
"Satu-satunya pengecualian terhadap garis panduan ini adalah jika berlaku suatu keadaan serius atau kemungkinan berlaku keadaan sedemikian, kami akan melihat perkara itu satu persatu mengikut kes," katanya.
Sejak April tahun lalu, Thailand mengenakan syarat kemasukan dan langkah kuarantin yang ketat untuk mengawal pandemik tersebut. Namun pada pertengahan Disember tahun lalu, negara ini menyaksikan gelombang kedua pandemik dan sejak April tahun ini kerajaan bertungkus lumus membendung gelombang ketiga.
Sekatan perjalanan menyaksikan ketibaan pelancong ke negara ini susut kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Ujar Prayuth berkata pulau peranginan Phuket akan mula menerima pengunjung yang sudah lengkap divaksinasi mulai 1 Julai apabila sebahagian besar penduduk tempatan di destinasi pelancongan itu menerima vaksin masing-masing.
Di bawah "Phuket Sandbox", pelawat yang mahu mengunjungi Phuket tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari, namun perlu berada di pulau itu selama dua minggu sebelum boleh melakukan perjalanan ke wilayah lain di negara itu.
"Saya telah mempercepat perkara ini untuk dipertimbangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan," katanya.
Mengenai vaksinasi, Prayuth berkata kerajaan telah menandatangani kontrak tempahan dan perbekalan sejumlah 105.5 juta dos yang akan dihantar tahun ini, melebihi sasaran bekalan.
"Kami akan terus mendapatkan bekalan tambahan vaksin untuk tahun depan.
"Kerajaan merancang untuk menyuntik kira-kira 10 juta dos sebulan bermula Julai, jadi menjelang Oktober, kira-kira 50 juta orang bakal mendapat sekurang-kurangnya satu dos," katanya.
Sehingga 15 Jun, sejumlah 6.78 juta orang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sama ada Sinovac atau AstraZeneca di negara itu, termasuk 1.83 juta orang yang menerima dua dos vaksin COVID-19.
Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 70 juta penduduknya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Pelancong yang sudah lengkap divaksinasi termasuk warga Thailand yang mahu pulang, akan dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin atau sekatan lain. - Gambar fail/REUTERS
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.