Thailand mengesahkan satu lagi kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 41, menurut seorang pegawai kanan kesihatan hari ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Thailand, Dr Sukhum Kanchanapimai berkata kes baharu itu melibatkan seorang lelaki berumur 25 tahun, bekerja sebagai pemandu pelancong.
"Lelaki itu baru saja pulang dari Korea Selatan. Dia mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami batuk dan demam pada Selasa. Ujian makmal mengesahkan dia dijangkiti COVID-19. Keadaannya dilaporkan bertambah baik," katanya pada taklimat harian COVID-19, di sini.
Dr Sukhum berkata pihak berkuasa kesihatan sedang mengesan dua individu yang mempunyai kontak rapat serta mereka yang berada dalam kumpulan pelancong bersama lelaki berkenaan.
Sehingga kini, 41 kes COVID-19 dilaporkan di Thailand dengan 28 daripada mereka telah pulih sepenuhnya dan telah keluar hospital, manakala 13 lagi pesakit masih menerima rawatan.
Terdapat 420 kes PUI (pesakit yang disiasat) bagi COVID-19 di negara itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan o-cha berkata kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan untuk merangsang sektor pelancongan yang mengalami kesan buruk berikutan COVID-19.
Beliau turut menggesa agar orang ramai menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari selepas kembali daripada negara berisiko dan melaporkan rekod perjalanan mereka ketika mendapatkan rawatan di hospital.
"Rakyat Thai termasuk penjawat awam perlu mengelak daripada melakukan perjalanan ke negara yang dijangkiti COVID-19. Kesihatan awam adalah keutamaan kami," katanya di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020
Thailand mengesahkan satu lagi kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 41. - China Daily via REUTERS
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.